KUALA LUMPUR: "Tidak perlu takut."
Demikian pendirian tegas pengarah dan penerbit tersohor, Erma Fatima dalam memperjuangkan hak dan nasib rakyat Palestin yang terus berdepan kekejaman rejim Zionis Israel.
Beliau yang juga seorang pelakon berkata, situasi yang berlaku di Palestin tidak hanya melibatkan soal agama sebaliknya ia adalah hak kemanusiaan yang wajar diperjuangkan oleh semua orang tanpa mengira agama.
Sehubungan itu, Erma menggerakkan inisiatif bersama Pejabat Menteri Besar Selangor melalui penganjuran program untuk rakyat Palestin iaitu Panggilan Intifada dan Darul Ehsan Berselawat yang masing-masing dijadual pada 30 Disember (esok) dan 31 Disember.
Pemilik nama sebenar Fatimah Rahmad Ali itu menambah, program tersebut yang diadakan di Dataran Karnival, Pekarangan Stadium Shah Alam bukan sahaja untuk menunjukkan keprihatinan kepada Palestin, tetapi juga sebagai 'wake-up call' untuk masyarakat terus membantu penduduk di Gaza.
"Di mana sekarang ini semangat kita untuk membantu Gaza makin menurun dan kita berasakan semua seperti okay. Tetapi sebenarnya keadaan semakin buruk di sana.
"Kita nak ada kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia bahawa mereka (rakyat Palestin) masih lagi dalam kesengsaraan menghadapi situasi yang lebih teruk daripada sebelum ini.
"Apa yang berlaku ini adalah satu kekejaman terhadap manusia bukan hanya kerana orang Islam atau tak Islam.
"Jadi saya tidak takut pada kebenaran ini dan saya berharap kita semua bersatu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, selebriti yang terkenal dengan watak Mak Cun itu berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran sekurang-kurangnya 50,000 pengunjung bagi kedua-dua program berkenaan.
Bagi program Panggilan Intifada, Erma berkata antara pengisian menarik ialah perkongsian daripada rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza sebelum ini, Nurul Ain Haron.
"Kita juga ada solat hajat, solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yasin untuk Palestin dan akan memaparkan video-video keadaan terkini di Palestin.
"Selain itu, selebriti tanah air akan turut serta seperti Ella, kumpulan Nasyid Hijjaz, Kaka Azraff serta Ramli Sarip," ujarnya lagi.
Sementara itu program Darul Ehsan Berselawat pula, para ulama dan habib tersohor dari Malaysia dan Indonesia akan turut serta seperti Habib Ali Zainal Abidin.
"Kita buat doa selamat untuk negara dan pada malam itu kita ada sambutan tahun baharu dengan doa dan zikir munajat.
"Harap dalam situasi saudara-saudara kita di Palestin, kita menggunakan pendekatan lain untuk menyambut tahun baharu, dengan doa dan zikir buat mereka," kongsi Erma lagi.
Dalam perkembangan sama, Erma berkata pihaknya bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sedang dalam perancangan membina semula infrastruktur di Gaza yang dikenali sebagai kawasan 'Malaysia-Gaza'.
Jelas beliau, rancangan itu akan diusahakan sebaik sahaja pintu sempadan Gaza dibuka dengan sasaran sumbangan sekitar RM15 juta bagi membangunkan semula kawasan berkenaan.
Pada masa sama, 'Simkad Panggilan Intifada' akan turut dilancarkan esok, yang mana setiap pembelian disumbangkan sepenuhnya kepada Gaza.
Hasimi Muhamad
Fri Dec 29 2023
Antara pengisian menarik bagi program Panggilan Intifada ialah perkongsian daripada Nurul Ain Haron. - Foto Instagram Erma Fatima
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
'Tidak perlu takut' - Erma Fatima ajak hadir Panggilan Intifada & Darul Ehsan Berselawat demi Palestin
Program Panggilan Intifada dan Darul Ehsan Berselawat masing-masing dijadual berlangsung 30 Disember (esok) dan 31 Disember.
'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.
'Nyawa lebih berharga daripada penggambaran '- Erma Fatima
Walaupun kerajaan telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) membenarkan aktiviti penggambaran drama dan filem dalam tempoh PKP, namun bagi Erma Fatima harga nyawa itu lebih berharga.
"Berderai air mata orang tua ni." - Hadiah terindah buat Amy Search
Alhamdulilah...
Rumah Budaya tarikan terbaharu Menara KL
Menganggapnya satu peluang keemasan, pelakon, pengarah dan penerbit terkenal itu menyahut cabaran meneraju Rumah Budaya atau Culture House, tarikan terbaharu di Menara Kuala Lumpur.
'Tiga hari sebelum keluar penjara dia tak boleh tidur, takut tak diterima keluarga' - Erma
Pengarah dan pelakon, Erma Fatima berkongsi kisah yang dilalui oleh anak ketiganya, Ahmad Aifin, 21, ketika berada di dalam penjara.
"Anakku bekas banduan...." - luahan Erma Fatima mengenai anaknya
Perasaan kecewa Erma membuatkan dia tidak sanggup untuk melawat anaknya di penjara walaupun sekali dan ramai menyangka beliau tidak lagi menyukai anaknya.
'Saya sudah tua, tiada yang mahu dekat' - Erma Fatima
Pengarah dan pelakon Erma Fatima tidak terlintas untuk mencari teman hidup selepas rumah tangga yang dibina bersama Bade Azmi berkecai tahun lalu.
Umie Aida dedah permintaan keluarga ketika pertunangan Betty, semua terkedu
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Umie Aida berkongsi video Erma menyebut hantaran yang diminta daripada pihak lelaki.
MDEC sasar lebih ramai penglibatan #YouCanDuit 2018
Selepas menamatkan edisi 2017 dengan jayanya, kempen #YouCanDuit anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka tirai edisi 2018-nya di Kuala Lumpur.