LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa gesaan sesetengah pihak bagi melaksanakan undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilakukan secepat mungkin di Parlimen, adalah sesuatu yang tidak wajar.
Menurutnya, ia akan memberi kesan kepada imej politik negara di mata dunia luar sekiranya terdapat keputusan luar jangkaan seperti Perdana Menteri tidak menerima sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat diperoleh selepas proses undi percaya terbabit.
"Saya tidak fikir (perlu dilaksanakan undi percaya kepada Perdana Menteri), kita tidak mahu ada pertukaran lagi sekali (bagi jawatan) Perdana Menteri.
"Jadi, kalau (bawa usul undi percaya) pergi ke Parlimen, (dan) dia (Datuk Seri Ismail Sabri) tak dapat majoriti, (kita) kena tukar lain (Perdana Menteri)... jadi dunia sedang ketawakan (negara kita), kita tidak ada (perancangan) nak bagi jatuh (kerajaan ini)," kata Ahli Parlimen Langkawi tersebut.
Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menyatakan bahawa pihaknya mengambil keputusan untuk melihat dahulu nama-nama individu yang dipilih menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) serta Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 sebelum membuat pertimbangan sama ada mahu menyertainya ataupun tidak.
Dr Mahathir turut menyifatkan pengenalan nama "Keluarga Malaysia" tidak akan memberikan makna yang signifikan sekiranya tiada sifat sayangkan negara wujud dalam diri pemimpin atau rakyat di negara ini.
"Kita nak, orang (atau pemimpin) yang betul-betul sayang kepada negara, boleh tunjuk (melalui) cara (atau tindakan) dia, kalau panggil nama (lain dan) tukar (banyak kali) sekalipun (tetapi) masih buat kerja macam (kerajaan lama), itu tak (memberikan kesan) berguna," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi sempena Program #PulangKeLangkawi pada Selasa.
Pada Isnin, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera dilakukan di Parlimen.
BACA: Tengku Razaleigh gesa undi percaya pada PM segera dilakukan
Menurut beliau, undi percaya itu juga perlu dilakukan untuk memastikan keabsahan sekali gus membolehkan Perdana Menteri menerajui negara tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.
Abd Hadi Che Awang
Tue Aug 24 2021
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa gesaan sesetengah pihak bagi melaksanakan undi percaya terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilakukan secepat mungkin di Parlimen, adalah tidak wajar. - Gambar fail/Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
PM Nepal KP Sharma Oli menang undi percaya Parlimen
Oli yang mengetuai gabungan empat parti memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 275 anggota.
PM Nepal hilang majoriti sokongan dalam Parlimen
Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Jumaat.
Poland: Kerajaan pimpinan Donald Tusk peroleh undi percaya
Tusk dipilih sebagai perdana menteri baharu menerusi undian di Parlimen pada petang Isnin.
Kejayaan usul undi percaya noktahkan isu sokongan terhadap PM - Fahmi
Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diluluskan Dewan Rakyat, menoktahkan isu sokongan terhadap Ahli Parlimen Tambun itu.
Usul undi percaya bagi pastikan kestabilan kerajaan - Ahli Parlimen
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat adalah bagi memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan.
'Terima kasih dan penghargaan atas sokongan yang jelas, tegas' - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan dan sokongan yang jelas kepadanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Undi percaya PM: PN sudah punya ketetapan, strategi
Khairil Nizam enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung dengan ketetapan tersebut.
70 Ahli Parlimen blok kerajaan bebas sokong mana-mana pihak - Penganalisis
Klausa 4(B) Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani parti-parti yang menyokong kerajaan adalah kenyataan hasrat semata-mata.
Menteri Kehakiman Poland menang undi percaya
Zbigniew Ziobro ialah Ketua Solidari Poland (SP), parti termuda dalam pakatan parti yang memerintah.
Undi percaya: DAP yakin Anwar dapat sokongan besar, harap capai dua pertiga
DAP yakin majoriti besar Ahli Parlimen akan menyokong usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijadual akan dibentangkan pada Dewan Rakyat 19 Disember ini.