awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Nepal KP Sharma Oli menang undi percaya Parlimen

Bernama
Bernama
21/07/2024
15:39 MYT
PM Nepal KP Sharma Oli menang undi percaya Parlimen
Oli yang mengetuai gabungan empat parti memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 275 anggota. - Facebook @ KP Sharma Oli
KATHMANDU: Perdana Menteri Nepal KP Sharma Oli memenangi undi percaya di Parlimen pada Ahad, seminggu selepas beliau mengangkat sumpah jawatan, lapor Xinhua.
Oli yang mengetuai gabungan empat parti memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 275 anggota.
"Usul undi percaya telah diluluskan apabila 188 ahli Parlimen mengundi untuk beliau," umum Speaker Dev Raj Ghimire.
Semasa mendapatkan sokongan untuk usul undi percaya itu, Oli mengumumkan perjanjian tujuh perkara yang dicapai antara partinya, Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Lennist) dan Kongres Nepal pada malam 1 Julai mengenai pembentukan gabungan baharu.
Di bawah perjanjian itu, Oli akan mengetuai kerajaan selama dua tahun pertama manakala Presiden Kongres Nepal, Sher Bahadur Deuba akan mengetuai kerajaan sehingga pilihan raya umum pada 2027.
Oli mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Nepal buat kali keempat pada 15 Julai dan beliau perlu memenangi undi percaya dalam tempoh 30 hari di bawah perlembagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Nepal
#KP Sharma Oli
#undi percaya
#parlimen nepal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan