KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, beliau tidak pernah mengarahkan Rafiq Hakim Razali dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi membuat pengeluaran wang RM1 juta daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat.
Bekas Ketua Armada itu berkata, beliau tidak pernah berbincang dengan Rafiq Hakim, ketika itu Penolong Bendahari Armada Bersatu dan Ahmad Redzuan, ketika itu Penolong Setiausaha Armada, secara berasingan dengan pimpinan G5 Armada yang lain dan mengarahkan mereka membuat pengeluaran wang RM1 juta itu.
"Dakwaan Rafiq Hakim (saksi pendakwaan ke-13) dan Ahmad Redzuan (SP11) suatu pembohongan semata-mata," katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada hari pertama prosiding membela diri bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dihadapinya.
Syed Saddiq, 30, berkata pada awal Mac 2020, pimpinan G5 membuat perbincangan untuk mengeluarkan wang bagi persiapan menghadapi wabak COVID-19, Ramadan dan persiapan Hari Raya Aidilfitri 2020 dan atas sebab itu, pimpinan G5 mengarahkan Rafiq Hakim berbincang dengan Exco Armada bagi mendapatkan jumlah dirasakan perlu bagi tujuan bantuan berkenaan.
Menurut beliau, perbincangan itu diadakan bersama Ulya, Aizad, Rafiq Hakim dan Ahmad Redzuan pada setiap masa dan tidak pernah melibatkan perbincangan spesifik berkenaan jumlah RM1 juta.
"Perbincangan itu diadakan di ruang tamu rumah saya dan ia ruang terbuka, maka adalah mustahil untuk saya adakan perbincangan peribadi dengan Rafiq Hakim dan Ahmad Redzuan tanpa didengar atau dilihat oleh Ulya serta Aizad.
"Saya tidak pernah menyatakan wang atau dana terkumpul dalam akaun CIMB Bank Armada merupakan hasil daripada titik peluh saya sepanjang menjadi Ketua Armada," katanya, dan menambah wang atau dana terkumpul itu adalah milik semua ahli Armada bagi kegunaan Armada.
Pada 28 Okt tahun lepas, Syed Saddiq diperintahkan membela diri atas empat pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Anak kelahiran Johor Bahru itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020.
Presiden MUDA itu juga didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Dia juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
Syed Saddiq memberitahu mahkamah beliau tidak pernah mengarahkan Rafiq Hakim Razali dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi membuat pengeluaran wang RM1 juta daripada akaun Armada Pusat. - Gambar fail Astro AWANI
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Pendakwaan terhadap saya bermotif politik dendam - Syed Saddiq
Kata Syed Saddiq, keterangan yang memihak kepadanya disembunyikan oleh pendakwaan dan rakan-rakannya turut diugut.
Tidak pernah arah keluar wang RM1 juta dari akaun Armada - Syed Saddiq
Dakwaa beliau mengarahkan pengeluaran wang itu dari akaun Armada suatu pembohongan semata-mata, kata Syed Saddiq.
Keputusan bela diri atau bebas Syed Saddiq pada 28 Okt
Pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan Syed Saddiq melakukan kesalahan pecah amanah kerana ia bukan elemen pertuduhan ke atasnya.
Syed Saddiq: Pendakwaan berjaya timbulkan kes prima facie
Pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi kekal kukuh bagi membuktikan kesalahan tersebut.
Syed Saddiq tak maklum senarai perbelanjaan kempen PRU14 - Pegawai penyiasat
Syed Saddiq memberitahu pegawai penyiasat supaya merujuk dokumen perbelanjaan itu kepada individu yang urus kewangan peribadinya.
Keputusan permohonan salinan percakapan saksi utama kes Syed Saddiq esok
Pernyataan yang dirakam oleh SPRM penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi pendakwaan ke-13.
JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq
Biarkan bukti yang berbicara...
Pecah amanah, salah guna wang: Syed Saddiq selesai bayar baki wang jaminan RM250,000
Syed Saddiq yang menghadapi pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM250,000.