KUALA LUMPUR: Tidak menyangka tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh pada esok (2 Mei), orang ramai malam ini berpusu-pusu membuat persiapan akhir bagi menyambut Syawal apatah lagi selepas dua tahun tidak meraikannya secara meriah.
Di ibu kota, trafik di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Dataran Merdeka dan Chow Kit yang menjadi tumpuan untuk membeli kelengkapan Aidilfitri mengalami kesesakan apabila orang ramai menyerbu kedai jualan di kawasan itu.
Seorang pekerja swasta Ghazali Ahmad Zukri, 47, terkejut apabila Hari Raya jatuh pada Isnin apabila dia dan keluarganya masih belum berkesempatan membeli barangan bagi persiapan raya.
Katanya, perancangan untuk bergerak pulang ke kampung halaman iaitu di Bukit Piatu, Melaka selepas berbuka puasa terpaksa ditangguhkan bagi membeli pakaian raya.
"Apabila diumumkan sahaja, saya terus minta keluarga bersiap untuk beli barang raya dan bertolak pulang ke kampung selepas Subuh esok," katanya ketika ditemui Bernama di sini, malam ini.
Di NEGERI SEMBILAN, suri rumah Siti Zaleha Timbang, 56, berkata sejurus mendengar pengumuman Hari Raya, dia terus meminta anaknya ke pasar raya untuk membeli bahan masakan rendang bagi hidangan perayaan esok.
Katanya daging lembu dan ayam telah tersedia, namun terdapat beberapa bahan yang belum dibeli seperti santan.
"Terkejut juga dengan pengumuman Hari Raya tadi, saya jangkakan Aidilfitri pada Selasa, nasib baik bahan-bahan seperti daging lembu dan ayam telah beli awal," katanya.
Di JOHOR, orang ramai membanjiri pasar raya untuk membeli barangan pada saat-saat akhir dengan ada yang dilihat beratur panjang untuk menunggu membuat pembayaran.
Bagi Raja Rosilah Raja Mahmood, 35, pada mulanya dia mengingatkan pengumuman Hari Raya yang jatuh esok sebagai berita palsu.
"Saya ingat prank (penipuan), memang terkejut...terus saya dan suami pergi pasar raya beli barang, mujur sempat juga beli barang kelengkapan yang lain beberapa hari lepas," katanya.
Di TERENGGANU, kedai gunting rambut antara yang menjadi tumpuan malam ini bagi persiapan akhir sebelum Aidilfitri esok.
Pemilik kedai gunting FRZ Barbershop, Saiful Md Dahan, 25, berkata sebaik sahaja pengumuman rasmi Hari Raya, kedainya diserbu orang ramai yang sedikit kelam kabut ingin mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut.
"Malam ini sahaja sudah ada 60 pelanggan datang ke kedai. Saya terima juga kehadiran pelanggan walaupun persiapan raya saya sendiri belum disiapkan lagi kerana simpati dengan pelanggan," katanya.
Saiful berkata beliau dan seorang lagi pekerja akan membuka kedai guntingnya yang terletak di Kampung Tebauk Kuala Nerus sehingga 4 pagi bagi menampung jumlah permintaan yang sangat tinggi.
BACA: Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok
Di SELANGOR, tinjauan sekitar bandar raya Shah Alam mendapati terdapat beberapa barangan keperluan dan makanan untuk hari raya sudah habis dijual.
Penjawat awam, Mohd Muizzuddin Abdullah, 30, berkata beliau telah mengunjungi lebih lima kedai runcit dan serba guna sekitar Setia Alam bagi mencari ais bagi persiapan raya, namun sudah kehabisan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 01 2022

Keadaan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) yang sesak dan dipenuhi orang ramai yang melakukan persiapan akhir menjelang Aidilfitri pada Isnin. - Foto BERNAMA

Integriti halal | Pekemas gesa gantung lesen SICHMA, siasat pegawai JAKIM
SICHMA, yang merupakan badan halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didakwa gagal memantau malah terlibat secara langsung untuk menutup pelbagai salah laku membabitkan rumah penyembelihan haiwan milik Thomas Foods International (TFI).

Yasin mula terima rawatan bipolar di HSB, sebutan kes pada 22 Jun - Peguam
Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memohon tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia berhubung kes berkenaan.

PRU15: PAS Sabah akan letakkan calon, yakin boleh menang
PAS akan meletakkan beberapa calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

DUN Sarawak: Tiga RUU dibentangkan termasuk perbekalan tambahan 2022
Tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mesyurat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Dasar Pandang Ke Timur boleh bantu Malaysia dalam pemulihan selepas pandemik - Tun M
Dasar Pandang Ke Timur boleh berfungsi sebagai platform untuk meneroka model pembangunan gergasi-gergasi Asia.

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

AWANI Ringkas: HSR Bangkok-Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pegawai kanan Kerajaan Sabah dan pesara ditahan terima rasuah RM700,000
Perbuatan mereka dikatakan sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Misi Carilamat | 70 nelayan tempatan bantu operasi
Lebih 70 komuniti nelayan tempatan turut membantu dalam operasi mencari dan penyelamat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut sejak tiga hari lalu. Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, selain itu sebuah pesawat juga turut digerakkan bagi mengesan mangsa yang berusia 74 tahun.

Mahkamah | Guru wanita hadapi dua pertuduhan rasuah
Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth atas dua pertuduhan rasuah membabitkan pembelian peralatan sukan lima tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah dan minta dibicarakan.

Harga emas turun, kedai emas kena serbu
Tinjuan mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi walaupun kedai emas mula beroperasi jam 10 pagi.

21 kes pecah rumah sepanjang tempoh Op Selamat 18 di Perak
Sebanyak 21 kes pecah rumah dilaporkan di Perak sepanjang tempoh Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dilaksanakan pada 29 April hingga 8 Mei lalu.

Op Selamat 18: Kemalangan maut meningkat tujuh peratus
Sebanyak 330 kes tangkapan dicatatkan membabitkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).

Rakyat Malaysia di UK teruja raikan Aidilfitri Keluarga Malaysia
Sebahagian daripada 300 rakyat Malaysia yang hadir tidak melepaskan peluang bertanya khabar antara satu sama lain.

Kes COVID-19 di Kelantan tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang - Dr Izani
Bilangan kes COVID-19 di Kelantan tidak menunjukkan peningkatan meskipun dengan kepulangan begitu ramai perantau menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

"Kakak minta baju Raya putih, akhirnya dia dijemput Ilahi pada Syawal pertama" - Bapa pesakit kanser
Di saat umat Islam bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarga, Allah menguji pasangan suami isteri ini apabila anak sulungnya yang menghidap kanser otak tahap empat dijemput Ilahi

COVID-19: Kes terkawal, tapi Mei masih dalam mod berjaga-jaga - Pakar kesihatan
Pun begitu, Shamsul Bahari berkata risiko peningkatan kes masih tetap ada kerana Malaysia masih di peringkat awal peralihan fasa endemik.

Letupan gas: Lima sekeluarga cedera dirawat di Hospital Pulau Pinang
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala empat yang lain di wad biasa.

Sambutan luar biasa, lebih 100,000 hadiri Rumah Terbuka Perdana Menteri
Ia juga merupakan kali pertama dalam sejarah Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri merekodkan jumlah kehadiran yang tinggi sebegitu.

Pengguna jalan raya pulang ke ibu kota 'berang', petrol habis di stesen minyak
Penggunaan petrol tinggi yang melebihi jangkaan susulan peningkatan jumlah kenderaan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.