IPOH:Tidak selesa memakai pelitup ketika menyediakan makanan dan minuman adalah antara alasan yang diberikan peniaga semasa operasi bersepadu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini, pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi) Supt Lee Swee Sake berkata operasi selama kira-kira 40 minit yang dijalankan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh itu turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta.
"Mereka (peniaga) memberikan alasan tidak berasa selesa atau tidak biasa memakai pelitup muka semasa penyediaan makanan dan minuman.
"Kita berharap peniaga dapat menghayati kehidupan norma baharu pada masa kini dan diterapkan dalam kehidupan seharian," katanya kepada pemberita selepas operasi SOP PKPP itu di sini.
Sebanyak tiga kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan pelitup muka dalam operasi yang turut disertai Pegawai Daerah Kinta Meor Hezbullah Meor Abdul Malik di taman rekreasi yang juga dikenali sebagai Padang Polo.
Setakat ini, lima kes baharu positif wabak COVID-19 dilaporkan di Perak melibatkan Kluster Bayan dengan empat daripadanya di daerah Kerian manakala satu lagi di daerah Larut, Matang dan Selama, menjadikan keseluruhan kes semasa adalah sebanyak 119.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 01 2020
Polis membuat pemantauan dan pemeriksaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan kepada peniaga di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh hari ini. - BERNAMA
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.
Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.
Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.
COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
COVID-19: Orang ramai mula kembali amal 'norma baharu'
Penduduk di sekitar Johor Bahru membuat persiapan antaranya dengan mendapatkan kit ujian kendiri, pelitup muka dan cecair pencuci tangan.
Pelitup muka, kit ujian COVID-19 cukup di pasaran, harga berpatutan - KPDN Sabah
Pelitup muka, cecair sanitasi serta kit ujian COVID-19 masih cukup di pasaran, antaranya di farmasi atau pasar raya.