awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan rasmi Narendra Modi tegaskan hubungan erat Malaysia-India
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak sempat ke hospital, wanita bersalin di Dataran Todak, Kota Kinabalu

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
16/04/2020
05:53 MYT
Tidak sempat ke hospital, wanita bersalin di Dataran Todak, Kota Kinabalu
Pahmah Nastih, 38, dari Kampung Kasuapan, Pulau Gaya, bagaimanapun selamat melahirkan bayi perempuannya dengan bantuan pasukan keselamatan yang kebetulan melakukan rondaan. - Foto ihsan PDRM
Seorang wanita menempuh detik cemas apabila terpaksa melahirkan anak di Dataran Todak, berhampiran Jeti Taman-Taman Sabah (TTS) di sini malam Rabu.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Pahmah Nastih, 38 tahun, dari Kampung Kasuapan, Pulau Gaya, bagaimanapun selamat melahirkan bayi perempuannya dengan bantuan pasukan keselamatan yang kebetulan melakukan rondaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata, wanita itu difahamkan mengadu sakit perut sebelum salah seorang ahli keluarga bergegas membawanya dengan menaiki bot dari Kampung Kasuapan menuju ke Jeti Pasar Besar Kota Kinabalu.
"Sebaik sahaja tiba, mereka cuba mendapatkan bantuan ke hospital namun tidak berjaya. Mujur, sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di situ menyedari kejadian berkenaan dan membantu wanita tersebut.
" Dengan bantuan anggota polis wanita yang turut bertugas, wanita itu akhirnya selamat melahirkan bayinya di kawasan Dataran Todak," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas lanjut, selepas selesai bersalin, wanita itu kemudiannya digegaskan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas untuk tindakan susulan.
Pahmah Nastih, 38, dari Kampung Kasuapan, Pulau Gaya, bagaimanapun selamat melahirkan bayi perempuannya dengan bantuan pasukan keselamatan yang kebetulan melakukan rondaan.
Pahmah Nastih, 38, dari Kampung Kasuapan, Pulau Gaya, bagaimanapun selamat melahirkan bayi perempuannya dengan bantuan pasukan keselamatan yang kebetulan melakukan rondaan.
Topic Berkaitan
#bersalin
#Dataran Todak
#Habibi Majinji
#Kampung Kasuapan
#Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu
#Kota Kinabalu
#melahirkan anak
#Pulau Gaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan