awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tidak sia-sia, perjuangan 20 tahun yang berbaloi' - Wan Azizah

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2018
08:58 MYT
'Tidak sia-sia, perjuangan 20 tahun yang berbaloi' - Wan Azizah
"Sememangnya itulah yang apa kita harapkan selepas 20 tahun kami berusaha akhirnya ia menjadi kenyataan," ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah ketika ditemui media di Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
'Saat yang amat menyentuh perasaan', ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Secara peribadinya, Presiden PKR itu memberitahu, selain kemenangan Pakatan Harapan, ia menyentuh perasaan apabila negara menuju era baharu hampir dengan hari pembebasan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat ini.
BACA: Anwar tidak dibebaskan hari ini ... 'it's just a matter of time' - Nurul Izzah
Malah pembentukan kerajaan baharu Malaysia ini juga ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila perjuangan hampir 20 tahun lalu berbaloi.
“Ini menandakan bermulanya era baharu Malaysia untuk masa hadapan yang lebih baik buat kita semua. Sememangnya itulah yang apa kita harapkan selepas 20 tahun kami berusaha akhirnya ia menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PH yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
Pembentukan kerajaan baharu Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Ia turut dihadiri pemimpin utama PH iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Mesyuarat Majlis Tertinggi PH yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dihadiri pemimpin utama PH iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
Mesyuarat Majlis Tertinggi PH yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dihadiri pemimpin utama PH iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
Bagaimanapun, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir kerana menghadap Sultan Johor bagi pelantikan Menteri Besar Johor.
Dalam sidang media malam tadi, Perdana Menteri memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia memberikan Pengampunan Diraja kepada Anwar.
Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara bermula Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#penjara
#PKR
#PPBM
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan