awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat

Faida Rahim
Faida Rahim
01/06/2024
12:00 MYT
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Dr Anuar Ahmad berharap bilangan calon yang tidak menduduki SPM ini dapat dikurangkan pada masa akan datang dan Kerajaan harus mencari jalan untuk memastikan usaha ini dapat dilaksanakan. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak yakin untuk lulus dalam peperiksaan antara faktor peningkatan calon tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
Pakar akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, perkara itu bukanlah suatu isu baharu kerana ramai calon SPM sedar bahawa penguasaan mereka terhadap mata pelajaran adalah lemah.
"Tidak menguasai mata pelajaran yang disampaikan guru dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk tidak meneruskan (menduduki) peperiksaan.
"Yang kedua, (punca) kenapa mereka mengambil keputusan untuk tidak menduduk peperiksaan SPM adalah kerana menghadapi masalah kesihatan, masalah keluarga... begitu juga disebabkan ada yang sudah bekerja bagi menampung keperluan hidup.
"Mereka berhadapan dengan isu-isu kecemasan seperti menghadapi kemalangan dan sebagainya," katanya.
Jelas Dr Anuar, beliau berharap bilangan calon yang tidak menduduki SPM ini dapat dikurangkan pada masa akan datang dan kerajaan harus mencari jalan untuk memastikan usaha itu dapat dilaksanakan.
Tambah beliau, penggiat sektor pendidikan terutama guru boleh mengetahui tahap dan keadaan calon sebelum peperiksaan SPM bermula.
"Kita boleh mengetahui motivasi dan juga aspirasi pendidikan calon-calon ini pada awal tahun atau semasa mereka ketika di tingkatan empat.
"Sistem pemantauan prestasi akademik mereka telah bermula dan jika kita melihat bahawa murid-murid kita yang sangat lemah dalam akademik, pencapaian di peringkat sekolah adalah rendah, maka kita sepatutnya memulakan intervensi atau program-program yang dapat memantau serta meningkatkan motivasi agar mereka lebih bersedia menghadapi SPM," katanya.
Terdahulu, seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dilaporkan tidak hadir menduduki peperiksaan itu.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata jumlah ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#Universiti Kebangsaan Malaysia
#Sijil Pelajaran Malaysia
#calon SPM
#Dr Anuar Ahmad
#SPM 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan