awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ahli 'Geng Biawak' diberkas, seorang lagi diburu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/06/2020
03:25 MYT
Tiga ahli 'Geng Biawak' diberkas, seorang lagi diburu
Keadaan mangsa yang cedera di kepala, tengkuk selain patah hidung. -Foto PDRM
Tiga ahli kumpulan samseng "Geng Biawak" yang terlibat dalam aktiviti samun dan pukul sekitar Kulim ditahan di Taman Merak, di sini, awal pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim, ketiga-tiga suspek diletakkan di bawah senarai ‘Dikehendaki’ susulan kejadian samun dan pukul seorang lelaki di Taman Bestari.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam tadi, Azhar berkata mangsa berusia 26 tahun berseorangan sedang bercakap di telefon di tepi jalan sebelum dihampiri dua motosikal ditunggangi empat suspek.
Dua suspek bertindak memukul mangsa dengan topi keledar manakala seorang lagi mencuri dompet dan telefon bimbit mangsa.
Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di kepala, tengkuk selain patah hidung dan dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan.
Bertindak daripada laporan ahli keluarga mangsa, polis telah memburu suspek dan berjaya menahan salah seorang daripada ahli kumpulan itu di sebuah rumah di Taman Merak pada jam 3.30 pagi tadi.
Susulan tangkapan, polis berjaya mengesan dan menahan dua lagi suspek tidak jauh dari lokasi suspek pertama ditahan.
Ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 23 tahun itu kini ditahan manakala seorang lagi rakan suspek masih diburu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Azhar Hashim
#Geng Biawak
#keluarga
#Polis Daerah Kulim
#pukul dan samun
#Seksyen 394
#Taman Merak
#topi keledar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan