KUALA KRAI: Polis menahan tiga beradik yang bertindak sebagai transporter dan tonto bersama 150 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM5.4 juta di dua lokasi berasingan di Kampung Kenor dan Kampung Tengah, di sini, semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tiga beradik lelaki berusia lingkungan 24 hingga 45 tahun itu ditahan pada 7.50 pagi ketika menaiki sebuah lori Mitsubishi dan sebuah kereta Honda City.
"Hasil risikan anggota polis telah menahan sebuah lori Mitsubishi di tepi jalan Kampung Tengah, pemeriksaan menemukan satu botol plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum di bahagian kelindan lori tersebut.
"Pemeriksaan lanjut di bahagian ruang belakang lori tersebut telah menemukan satu kotak berwarna coklat berisi satu bekas gabus putih yang di dalamnya terdapat tujuh bungkusan plastik lutsinar cecair disyaki air ketum.
"Polis turut menemukan enam guni setiap satu di dalamnya terdapat satu bungkusan plastik hitam yang mengandungi 25 bungkusan plastik berisi ketulan mampat kristal disyaki dadah jenis syabu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media kejayaan rampasan dadah dan air ketum tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh kira-kira 1.5 juta penagih.
"Siasatan mendapati bekalan dadah ini diperoleh dari sempadan Malaysia-Thailand untuk pasaran Lembah Klang.
"Ketiga-tiga beradik yang juga penganggur itu telah bertindak sebagai transporter dan dipercayai telah lama melakukan kegiatan ini, malah seorang daripada mereka bertindak sebagai tonto dalam kes ini," katanya.
Muhamad Zaki berkata suspek berusia 24 tahun juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala abangnya yang berusia 45 tahun memiliki rekod jenayah di bawah Seksyen 18 (5) Akta Penapisan Filem 2022.
"Kesemua mereka akan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 27 Feb depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (tengah) bersama pegawai menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu yang berjaya dirampas bernilai RM5.4 juta pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai hari ini. - Gambar BERNAMA

TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Tiga beradik dituduh rompak guna kapak
Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak empat mangsa dengan bersenjatakan kapak di beberapa kedai telefon di sekitar Kota Bharu.

Tiga beradik tiada kad pengenalan diri dibantu
Dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan akan diproses dalam masa terdekat.

Tiga beradik perempuan lemas di Pantai Cahaya
Tiga beradik ditemukan lemas selepas mandi bersama keluarga di Pantai Cahaya pada petang Ahad.

Rantai kaki anak: JKM nilai laporan 3 beradik didera - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menilai laporan siasatan polis serta hospital berhubung kes tiga beradik lelaki yang dipercayai didera di Kangar, Perlis.

Tiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan
Ibu kepada ketiga-tiga mangsa berusia 46 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.

Tiga beradik jadi transporter dadah, tonto ditahan bersama 150 kg syabu
Tiga beradik lelaki berusia 24 hingga 45 tahun itu ditahan pada 7.50 pagi ketika menaiki sebuah lori dan sebuah kereta.

Tiga beradik manfaat cuti persekolahan bantu keluarga
Sejak bapa mereka menjalani pembedahan tulang belakang pada 2019, anak ketiga hingga kelima daripada enam beradik ini ringan tulang membantu ibu.

Mayat terakhir tragedi bot karam di perairan Batu Payung ditemui
Mayat terakhir melibatkan mangsa tragedi perahu karam di perairan Batu Payung, Rahena Muhaimin, 20, ditemukan di selatan perairan Membalua di sini, jam 8.37 pagi tadi.

Tiga beradik reka cerita palsu untuk dapatkan wang tebusan dari bapa
Polis menahan tiga beradik perempuan yang mereka-reka cerita kononnya dikurung, dan kemudiannya meminta wang tebusan daripada bapa mereka sendiri di Pagoh, dekat sini dan Iskandar Puteri, semalam.

Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.