awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beranak sesak nafas, rumah tingkat 16 musnah dalam kebakaran

Bernama
Bernama
22/05/2025
05:15 MYT
Tiga beranak sesak nafas, rumah tingkat 16 musnah dalam kebakaran
Keadaan sebuah unit kondominium di Bukit Rahman Putra yang terbakar pada Khamis. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tiga beranak mengalami sesak nafas selepas kediaman mereka di tingkat 16 sebuah pangsapuri di Persiaran Bukit Rahman Putra 1, Sungai Buloh, Selangor musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Tiga beranak mengalami sesak nafas selepas unit kediaman mereka di tingkat 16 sebuah pangsapuri di Sungai Buloh terbakar dan musnah 80 peratus awal pagi tadi.
  • Pasukan bomba tiba dalam masa 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.36 pagi dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada 7.05 pagi.
  • Ketiga-tiga mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum bomba tiba dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan, manakala punca kebakaran masih disiasat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.36 pagi.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi dan tiba dalam tempoh 10 minit sebelum operasi pemadaman dikawal sepenuhnya pada 7.05 pagi.
"Kebakaran melibatkan sebuah unit kediaman seluas kira-kira 1,200 kaki persegi di tingkat 16 yang musnah kira-kira 80 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketiga-tiga mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 54 tahun dan dua anak lelakinya dalam lingkungan usia 20-an berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran Sungai Buloh
#Pangsapuri Persiaran Bukit Rahman Putra
#Hospital Sungai Buloh
#Tiga beranak sesak nafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan