awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga cedera bas ekspres dilanggar lori tangki

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2023
16:12 MYT
Tiga cedera bas ekspres dilanggar lori tangki
Kemalangan jam 4.20 pagi itu menyebabkan bas itu terbabas dan terbalik di laluan bertentangan. - Sinar Harian
KULAI: Seramai 24 penumpang berdepan detik cemas selepas bas ekspres dinaiki mereka dirempuh lori tangki dari belakang di Kilometer 16 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, di sini awal pagi Ahad
Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tok Beng Yeow berkata, kemalangan jam 4.20 pagi itu menyebabkan bas itu terbabas dan terbalik di laluan bertentangan.
Katanya, kejadian menyebabkan tiga penumpang bas mengalami cedera ringan manakala pemandu bas dan pembantunya tidak cedera.
"Siasatan awal mendapati pemandu lori tangki dipandu lelaki berusia 46 tahun dari arah Sungkai, Perak yang dalam perjalanan ke Johor Bahru, terlanggar bahagian belakang bas.
"Kemalangan menyebabkan bas ekspres terbabas dan terbalik di laluan bertentangan namun hanya tiga penumpang mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#lori tangki
#Lebuhraya Utara-Selatan
#Polis Daerah Kulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan