awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga direman bantu siasatan rasuah penguat kuasa lindungi judi haram

Bernama
Bernama
22/06/2021
04:43 MYT
Tiga direman bantu siasatan rasuah penguat kuasa lindungi judi haram
Perintah reman bermula semalam hingga 27 Jun itu dikeluarkan Majistret Dzul Elmy Yunus selepas membenarkan permohonan daripada SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
TAWAU: Tiga individu termasuk dua wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung isu rasuah penguat kuasa bagi melindungi kegiatan judi haram di sini.
Perintah reman bermula semalam hingga 27 Jun itu dikeluarkan Majistret Dzul Elmy Yunus selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Semua suspek berumur antara 23 hingga 57 tahun itu ditahan 11 pagi semalam di sebuah premis di Bandar Tawau dan disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Semalam, media melaporkan SPRM menahan seorang lelaki berumur 42 tahun dipercayai merasuah anggota penguat kuasa di sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan judi haram kumpulannya, dan turut ditahan dua suspek wanita masing-masing berumur 23 dan 57 tahun.
Penahanan itu dilakukan di sebuah premis di sini yang dipercayai menjalankan kegiatan judi haram sejak tahun lepas dan ketika serbuan, SPRM turut merampas wang tunai RM40,000 dan menyita empat akaun bank bernilai lebih RM300,000 disyaki hasil daripada kegiatan judi haram.
Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy dilaporkan berkata beberapa tangkapan susulan berkaitan kes itu akan dilakukan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#judi haram
#penguat kuasa
#siasatan
#Rasuah
#kes mahkamah
#SPRM
#Akta SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan