awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan

Bernama
Bernama
07/01/2025
11:07 MYT
Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata mereka yang ditahan berumur antara 26 dan 38 tahun. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah diberkas dalam satu serbuan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Teluk Intan, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata mereka yang ditahan berumur antara 26 dan 38 tahun.
Beliau berkata polis menemui dua bungkusan plastik hijau yang di dalamnya terdapat dadah jenis syabu seberat 1.918 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM65, 212.
"Ketika siasatan awal ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Adnan berkata berkata hasil siasatan lanjut juga mendapati kesemua suspek mempunyai empat hingga 12 rekod jenayah lampau sejak 2012 hingga kini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Mahkamah Majistret Teluk Intan membenarkan mereka direman tujuh hari hingga 13 Jan," katanya menambah jumlah dadah yang dirampas dipercayai mampu menampung penggunaan hingga 1,918 penagih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tokan dadah
#Teluk Intan
#Polis Daerah Hilir Perak
#sindiket pengedaran dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan