awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ditahan samun guna parang, larikan kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2023
08:02 MYT
Tiga ditahan samun guna parang, larikan kereta
Tangkap layar kejadian tular mengenai kes melarikan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di sebuah kawasan parkir pangsapuri, di Petaling Jaya pada Khamis. - Sinar Harian
PETALING JAYA: Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menyamun menggunakan sebilah parang dan melarikan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di sebuah kawasan parkir pangsapuri, di sini pada Khamis.
Kejadian itu turut tular selepas dimuat naik oleh salah seorang ahli keluarga mangsa di halaman Facebook peribadi miliknya pada Khamis mendakwa kereta berkenaan merupakan milik abangnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun mendakwa disamun tiga lelaki sekitar jam 5 pagi.
"Semasa kejadian, ketiga-tiga suspek yang berusia lingkungan 32 hingga 39 tahun memakai topi keledar dengan visor gelap dan memakai pelitup muka.
"Selepas melarikan kereta mangsa di Petaling Jaya, suspek terbabit sekali lagi melakukan samun di sekitar kawasan Subang Jaya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohamad Fakhrudin berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan semua suspek dalam tiga serbuan berasingan di sebuah hotel di sekitar Bandar Sunway, di sini dan sebuah flat di sekitar Puchong pada awal pagi Jumaat.
"Suspek merupakan kenalan rapat yang tinggal di Taman Medan dan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.
"Polis menemui telefon bimbit pelbagai jenama, senjata tajam dan motosikal yang dipercayai digunakan semasa menyamun. Polis juga berjaya menemui semula Perodua Myvi milik mangsa yang dilarikan ketiga-tiga suspek berkenaan," katanya.
Beliau berkata, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
Katanya, permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#samun guna parang
#parkir pangsapuri
#Petaling Jaya
#Perodua Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan