awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ditahan terlibat lumba haram babit pertaruhan RM15,000

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2021
21:30 MYT
Tiga ditahan terlibat lumba haram babit pertaruhan RM15,000
Tiga suspek yang bertindak sebagai pelumba dan penganjur ditahan selepas terbabit dalam lumba haram di susur keluar Sitiawan WCE. - Foto ihsan FB JSPT Kontinjen Perak.
LUMUT: Polis berjaya memberkas tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram membabitkan kumpulan 'Am Ulala' dan 'Kecik Super' di susur keluar Sitiawan, Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) di sini minggu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, bertindak atas maklumat, suspek berusia 22, 23 dan 24 tahun itu berjaya ditahan oleh Team Risikan Operasi, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri.
Menurutnya, polis mengesahkan kejadian itu berlaku sekitar jam 5 pagi pada 16 November lalu dengan membabitkan wang pertaruhan sebanyak RM15,000.
"Rakaman video yang tular di media sosial turut merakam aksi merbahaya yang dilakukan oleh pelumba haram terbabit.
"Suspek pertama yang bekerja sebagai mekanik ditahan kira-kira jam 5.30 petang pada hari kejadian.
"Dia yang bertindak sebagai pelumba telah menunjukkan lokasi penyimpanan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang disorok di sebuah bengkel di Teluk Intan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata, pihaknya berjaya menahan dua lagi suspek yang bertindak sebagai pelumba serta penganjur pada Isnin dan Selasa lalu.
"Suspek kedua yang merupakan pekerja penyelenggara penghawa dingin ditahan sekitar jam 9 malam ketika memandu sebuah kenderaan di Jalan Kuala Kangsar- Ipoh.
"Suspek ketiga ditahan pada keesokkan harinya sekitar jam 3.30 pagi dan telah menunjukkan lokasi penyimpanan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang disorok di sebuah rumah pejabat di Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6 Akta Pertaruhan 1953.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#lumba haram
#Am Ulala
#Kecik Super
#pertaruhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan