awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan

Bernama
Bernama
16/07/2024
09:36 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.
Erwanshah Mohd Ali Syafie, 26, Mohammad Fauzi Baladius, 22, dan Jaidy Tahir, 23, yang kesemuanya berambut panjang hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja-T ketat, didakwa merompak beg sandang mengandungi dokumen dan wang tunai RM1,500 milik Mohamad Zulhilmie Ongkim, 26, di belakang sebuah kelab malam di Jalan Peel Off Jalan Shelly, Wangsa Maju di sini pada 5.20 pagi, 10 Julai lepas.
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Adila Aziz yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya yang bekerja sebagai jurusolek bebas tidak mempunyai pendapatan tetap.
Hakim Dr Azrol Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rompak
#polis
#jurusolek lelaki
#berperwatakan wanita
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan