Skip to main content

Malaysia

Tiga kawasan di Sarawak catat IPU tahap berbahaya setakat 8 pagi

KUCHING, 1 Sept - Pemandangan matahari yang suram akibat jerebu dirakam berhampiran arca tembaga buaya di Tebingan Sungai Kuching, hari ini. Enam kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap berbahaya setakat 8 pagi ini iaitu Serian (408), Kuching (407), Samarahan (372), Sri Aman (361), Sarikei (333) dan Sibu (309). - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA  Photographed By: RUSHDAN MANAN
Pemandangan matahari yang suram akibat jerebu dirakam berhampiran arca tembaga buaya di Tebingan Sungai Kuching. - Foto BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 8 pagi ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 320.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), dua lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (318) dan Samarahan (302).

Sementara itu, lima kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Sibu (292), Sarikei (283), Mukah (241), Bintulu (226) dan Sri Aman (214).

Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan Samalaju, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 196, diikuti Kapit, Sarawak (187), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (185), ILP Miri, Sarawak (183) dan Labuan (181).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Miri, Sarawak (181), Kota Kinabalu, Sabah (179), Kimanis, Sabah (175), Keningau, Sabah (173), Limbang, Sarawak (173), Johan Setia, Selangor (161), Sandakan, Sabah (152), Putrajaya (148), Nilai, Negeri Sembilan (137), Tawau, Sabah (123) dan Seremban, Negeri Sembilan (116).

Sementara itu, sebanyak 44 stesen merekodkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiada stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement