awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kenderaan musnah terbakar dalam kemalangan jalan raya di Ayer Tawar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/07/2021
14:49 MYT
Tiga kenderaan musnah terbakar dalam kemalangan jalan raya di Ayer Tawar
Tiga buah kenderaan musnah terbakar selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang Kampung Jering, Ayer Tawar, hari ini. - Foto ihsan JBPM
BERUAS: Tiga buah kenderaan musnah terbakar selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang Kampung Jering, Ayer Tawar, dekat sini, hari ini.
Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush dan dua buah motosikal.
Bagaimanapun, dua penunggang motosikal berkenaan hanya mengalami kecederaan manakala pemandu SUV terselamat.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 7.55 malam.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap tersebut, pada mulanya kemalangan itu melibatkan dua buah motosikal yang dikatakan berlanggar sebelum dirempuh Toyota Rush yang gagal mengelak.
Katanya, rempuhan itu telah menyebabkan berlakunya kebakaran sehingga memusnahkan 90 peratus ketiga-tiga kenderaan berkenaan.
Kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum api menjadi marak.
Anggota bomba menggunakan satu aliran ‘hose reel’ air tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
Menurut jurucakap itu lagi, mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#musnah terbakar
#Ayer Tawar
#Kampung Jering
#motosikal
#SUV
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan