awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kereta, dua motosikal musnah dalam kebakaran sebuah rumah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/01/2023
07:16 MYT
Tiga kereta, dua motosikal musnah dalam kebakaran sebuah rumah
Tiga buah kereta serta dua buah motosikal musnah dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pida 4, Jitra, pada Sabtu. - Gambar ihsan JBPM
JITRA: Tiga buah kereta serta dua buah motosikal musnah dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pida 4, dekat sini, pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Bustan Karuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah hari dan sepasukan anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi api sedang marak dan tindakan pantas anggota melakukan pemadaman dengan menggunakan tiga aloran pancutan berjaya mengawal api daripada merebak.
“Api berjaya dikawal jam 1.15 tengah hari dan siasatan awal mendapati rumah setingkat kelas C musnah hampir 90 peratus,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Bagaimanapun, katanya tiada kemalangan jiwa kerana kesemua penghuni berjaya keluar dari rumah.
Katanya, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#rumah terbakar
#tiga kereta musnah
#dua motosikal
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan