awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi banduan larikan diri dari Penjara Jelebu ditahan, seorang masih bebas

Bernama
Bernama
13/04/2022
06:53 MYT
Tiga lagi banduan larikan diri dari Penjara Jelebu ditahan, seorang masih bebas
Banduan reman terbabit dipercayai telah melarikan diri melalui lubang siling serta keluar melalui lubang pagar di belakang Penjara Jelebu- Gambar fail
SEREMBAN: Tiga lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu pada Ahad lepas ditahan di kawasan semak Jalan Purun, Kuala Klawang, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28; Mazlan Samah, 39, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Zainuddin, 62, ditahan pada pukul 10 malam dan direman empat hari bermula hari ini.
"Operasi mengesan seorang lagi banduan yang masih bebas iaitu Muhammad Syafiq Rohmat, 32, dipanggil Umai masih lagi diteruskan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu di talian 06-6136 222 atau pegawai penyiasat Insp Zuria Anis Mahassan di talian 016-6096 996.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak tepat yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan siasatan polis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi di Blok Muhasabah 2, Penjara Jelebu, iaitu lokasi kesemua banduan reman terbabit ditempatkan, mereka dipercayai telah melarikan diri melalui lubang siling serta keluar melalui lubang pagar yang disyaki dipotong menggunakan pemotong besi, menuju ke semak di belakang penjara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penjara Jelebu
#banduan larikan diri
#Seremban
#banduan bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan