awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi ditahan dibawah Sosma

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
19/03/2013
04:16 MYT
Tiga lagi ditahan dibawah Sosma
Pasukan keselamatan Malaysia telah menahan tiga lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata penahanan yang dibuat semalam itu itu telah dilakukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Hamza berkata penangkapan itu dibuat di luar kawasan Lahad Datu dan tiada rampasan senjata dibuat.
“Dengan ini jumlah tangkapan dibawah Sosma telah meningkat kepada 107 orang. Tangkapan dibuat dibawah akta-akta lain pula ialah 243 orang setakat ini.
“Mayat-mayat pengganas yang telah berjaya dibawa keluar ialah 28 orang manakala musuh yang telah berjaya ditembak mati masih lagi 62 orang,” kata beliau semasa satu Sidang Media di Felda Sahabat pagi ini.
Hamza juga berkata berlaku empat pertempuran di antara pengganas Sulu dan pasukan keselamatan negara semalam.
“Pertempuran itu berlaku dari pukul 8.05 pagi sehingga 5.30 petang tetapi bukan berterusan. Kedua-dua pihak tidak mengalami apa-apa kecederaan,” kata beliau.
Beliau menambah bahawa operasi menjejak pengganas dan pembersihan masih lagi diteruskan di Kampung Tanjung Batu dan dijangka akan tamat hari ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Hamza Taib
#Lahad Datu
#pengganas Sulu
#tiga ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan