MELAKA: Tiga laluan di Banda Hilir akan ditutup sementara Jumaat ini sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ia melibatkan Jalan Kota dan Jalan Taman (berhampiran Menara Taming Sari) bermula 6 petang hingga 12 tengah malam manakala Jalan Parameswara iaitu dari hadapan bekas bangunan Hotel Equatorial hingga ke tapak program bermula 7.30 malam hingga 12 tengah malam.
"Kita jangka kira-kira 20,000 kenderaan akan masuk ke kawasan Banda Hilir yang merupakan pusat tumpuan pelancong pada Jumaat ini berbanding purata kira-kira 10,500 kenderaan sehari pada cuti hujung minggu.
"Polis Melaka telah membuat persiapan rapi menerusi beberapa pendekatan yang telah dirangka bagi memastikan sambutan Hari Malaysia kali ini berjalan lancar dan aspek keselamatan diberi keutamaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata 336 pegawai dan anggota ditugaskan sempena sambutan berkenaan, meliputi tugasan mengawal aliran trafik dan kawalan keselamatan di sekitar kawasan Banda Hilir dan tapak program.
Christopher turut menasihatkan orang ramai yang ingin menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia 2022 supaya datang awal dan meletakkan kenderaan mereka di parkir yang disediakan di sekitar kawasan berhampiran.
"Lebih 2,000 tapak parkir disediakan di sekitar Bandar Hilir dan terdapat bas ulang alik yang akan mengambil pengunjung di tempat parkir tersebut untuk ke tapak sambutan Hari Malaysia.
"Polis juga akan melakukan rondaan berkala di kawasan parkir kereta bagi memastikan keselamatan kenderaan yang ditinggalkan termasuk di kawasan Pulau Melaka terjamin dan orang ramai juga dinasihatkan tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan mereka," katanya.
Orang ramai juga diminta memberi kerjasama dengan pihak berkuasa khususnya polis dengan mengikut arahan atau tunjuk arah yang diberikan serta peraturan sedia ada bagi memastikan kelancaran aliran trafik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit menunjukkan peta jalan yang akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir pada Jumaat ini. - Foto BERNAMA
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
Tiga laluan di Banda Hilir ditutup sementara sempena sambutan Hari Malaysia
Tiga laluan di Banda Hilir akan ditutup sementara Jumaat ini sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
Banjir: Beberapa laluan lebuh raya di Lembah Klang terhalang, plaza tol ditutup
Beberapa laluan lebuh raya di Lembah Klang terhalang sejak tengah hari tadi selain berberapa plaza tol turut ditutup, berikutan banjir akibat hujan lebat yang berterusan sejak semalam.
LPT1 dinaiki air, laluan Kuantan-Kuala Lumpur ditutup
Pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur dimohon menangguhkan dahulu perjalanan buat sementara waktu.