PUTRAJAYA: Tiga laluan kontra akan dibuka bermula 3 Julai ini sebagai langkah segera mengatasi masalah kesesakan jalan raya di ibu negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Laluan kontra itu melibatkan laluan Tol Plus Sungai Besi ke Persimpangan Besraya iaitu dari arah selatan ke Kuala Lumpur; Jalan Maharajalela ke Taman Connaught; dan Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak.
Beliau berkata pembukaan ketiga-tiga laluan kontra itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JTMKJR) Bilangan 1/2023 dipengerusikannya di sini hari ini.
"Pembukaan laluan kontra ini diharap dapat membantu kurangkan kesesakan, penyelesaian jangka panjang masalah masih dalam perbincangan," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat JTMKJR itu.
Laluan kontra di Tol Plus Sungai Besi ke Persimpangan Besraya adalah sepanjang 2.4 kilometer (km) manakala pemanjangan laluan kontra dari Jalan Maharajalela ke Taman Connaught melibatkan jarak sepanjang empat km.
"Pembukaan laluan kontra di kedua-dua laluan itu dibuka kepada semua jenis kenderaan persendirian kecuali motosikal," katanya.
Loke berkata laluan kontra Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak melibatkan jarak tiga km khusus untuk kenderaan pengangkutan awam iaitu bas sahaja.
"Tiada kenderaan persendirian dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksana jika ada kenderaan lain melaluinya," katanya.
Beliau berkata pembukaan ketiga-tiga laluan kontra itu bermula 6 pagi hingga 9 pagi bagi waktu pagi manakala pukul 5 hingga 7 petang bagi sesi petang.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menyediakan satu garis panduan untuk memastikan laluan kontra itu dilaksana dengan baik dan selamat, katanya.
"Tiada tempoh tertentu untuk laluan ini (ditutup) kerana kita akan lihat keberkesanannya... ada (laluan kontra) di Jalan Cheras masih dibuka sejak 20 tahun lepas dan sukar ditutup," katanya.
Beliau berkata perbincangan termasuk dengan ahli akademik sedang dilaksana bagi mencari punca utama kesesakan jalan raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Menurutnya, kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati terdapat enam juta kenderaan bergerak di ibu negara setiap hari.
"Penggunaan pengangkutan awam ketika ini hanya satu juta atau 15 peratus sehari berbanding enam juta atau 85 peratus bagi kenderaan," katanya.
Sementara itu, Loke berkata DBKL disarankan agar lebih tegas dalam proses pemberian kelulusan kepada pemaju untuk menutup jalan raya bagi tujuan pembinaan dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

Loke berkata, kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati terdapat enam juta kenderaan bergerak di ibu negara setiap hari. - Gambar fail
Melaka dipilih sebagai tuan rumah World Tourism Day dan World Tourism Conference 2025.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berterima kasih atas kepercayaan kerajaan memilih Melaka sebagai tuan rumah bagi World Tourism Day dan World Tourism Conference 2025.
Pantau Belanjawan 2023: COP28 | Credible transition finance for a net zero economy
Pantau Belanjawan 2023: COP28 | Malaysia’s climate finance day

11 pendaki Gunung Marapi, Indonesia maut
Kini pencarian untuk mencari 12 lagi hilang telah dihentikan buat sementara waktu atas faktor keselamatan.
COP28: Public-Private partnership for healthcare climate action
Astro AWANI Editor, Dzulfitri Yusop, recently interviewed Shyam Bishen, the Head of Centre for Health and Healthcare at the World Economic Forum, to discuss the Public-Private Partnership for Healthcare Climate Action in conjunction with COP28. The discussion highlights the need for a collaborative approach to tackle the issue and emphasizes the role of the healthcare sector in mitigating the effects of climate change.

Aktiviti pengambilan untung dorong Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KCI (FBM KLCI) susut 0.84 mata kepada 1,455.54 daripada penutupan Jumaat 1,456.38.
HIES 2022: Apa makna kepada rakyat, negara?
Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid membincangkan pertumbuhan pendapatan isi rumah Malaysia pada 2022 (1.9%) dan peningkatan kemiskinan mutlak (6.2%) dengan menyentuh berkaitan projek rintis gaji progresif, menekankan kebolehpercayaan majikan dan kesaksamaan dalam kenaikan gaji berdasarkan produktiviti, dengan penekanan pada kajian impak sebelum menjadikannya mandatori.
Jumlah kemasukan pelancong seramai 26 juta setakat November - MOTAC
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah pelancong diharap akan meningkat sebelum hujung tahun menerusi pengumuman visa berkecuali dari India dan China.

Sokongan terhadap UMNO akan terus merosot jika terus bersama DAP - Tun M
Tun M mendakwa selagi UMNO terus bekerjasama dengan DAP sokongan terhadap parti itu akan terus merosot.
EdgePoint Infrastructure: Bridging ASEAN's Digital Divide
Explore EdgePoint's role in ASEAN telecommunications and their white paper tackling digital equity challenges in Malaysia, Indonesia, and the Philippines with Muniff Kamaruddin, CEO, EdgePoint Towers.

'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.

Berjauhan dengan keluarga, faktor warga tempatan kurang ceburi bidang perkapalan
Loke berkata, perkara itu menyebabkan sektor pelabuhan dan logistik terpaksa bergantung kepada tenaga kerja asing.

Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tujuh Majlis Perbandaran Tempatan diminta kenal pasti stesen bas, naik taraf laluan pejalan kaki
Sebanyak tujuh Majlis Perbandaran Tempatan di Lembah Klang telah diarah untuk mengenal pasti stesen bas dan laluan pejalan kaki.

MoT sokong Melaka tarik pelaburan ke LTAM - Loke
Kementerian Pengangkutan menyokong sebarang usaha dilakukan kerajaan negeri Melaka untuk menarik pelaburan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam.

Kementerian Pengangkutan rangka pelan penyahkarbonan penerbangan
Kementerian Pengangkutan merangka pelan hala tuju penyahkarbonan penerbangan dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai hab penerbangan mampan.

Kemalangan jalan raya: Kerajaan cadang tambah kamera AWAS
MoT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk memasang kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi.

Laluan LRT Kelana Jaya dijangka capai kekerapan waktu puncak 3 minit hujung bulan ini
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dijangka mencapai kekerapan tren tiga minit pada waktu puncak menjelang hujung bulan ini.

BRI: Malaysia komited pastikan situasi menang-menang, projek beri faedah optimum
Malaysia komited memastikan projek infrastruktur di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan memberi faedah optimum kepada negara dan mampu menjadi pemangkin ekonomi untuk jangka panjang.

Sistem MMSW mampu perkasa ekosistem logistik negara
Kementerian Pengangkutan berkata MMSW mampu mendukung aspirasi dan hasrat kerajaan ke arah pendigitalan dan inovasi perkhidmatan.