awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki dipercayai lakukan rusuhan ditahan polis

Bernama
Bernama
02/04/2023
12:41 MYT
Tiga lelaki dipercayai lakukan rusuhan ditahan polis
Kesemua lelaki tempatan yang ditahan berumur antara 20 hingga 23 tahun dan mereka semua bebas sebarang jenis dadah selepas ujian saringan awal dibuat. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis menahan tiga lelaki yang melakukan rusuhan selepas perlawanan bola sepak antara Penang FC dengan Perak FC di luar Stadium Bandaraya di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong berkata kesemua lelaki tempatan yang ditahan berumur antara 20 hingga 23 tahun dan mereka semua bebas sebarang jenis dadah selepas ujian saringan awal dibuat.
Menurutnya, hasil siasatan, pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam dan seorang yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau.
"Kesemua mereka dilepaskan dengan jaminan polis setelah selesai soal siasat, namun polis sedang giat mengesan lain-lain individu yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.
Semalam, satu video berdurasi 31 saat tular dalam media sosial Facebook "AMIGOS MEDIA VIRAL" yang memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak telah membuat rusuhan di luar kawasan stadium.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan
#perlawanan bola sepak
#Perak FC
#Polis Daerah Timur Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan