MALAYSIA
Tiga lelaki ditahan buang sisa pertanian di hutan simpan Cameron Highlands

Pacuan empat roda yang digunakan tiga lelaki untuk membuang sisa pertanian dalam Hutan Simpan Sungai Terla disita Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands. - Foto/ JPNP
KUANTAN: Tiga lelaki termasuk dua warga asing dicekup ketika cuba membuang sisa pertanian di Hutan Simpan Sungai Terla, Cameron Highlands.
Ringkasan AI
- Tiga lelaki termasuk dua warga asing ditahan ketika cuba membuang sisa pertanian menggunakan kenderaan pacuan empat roda di Hutan Simpan Sungai Terla, Cameron Highlands. Mereka dikesan Unit Tindakan Khas Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands hasil rondaan di kawasan berisiko pencerobohan.
- Ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 39 tahun ditahan bersama kenderaan yang disita dan dibawa ke Balai Polis Brinchang. Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 47 dan Seksyen 83 Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki hutan simpan tanpa kebenaran dan membuang sampah.
- Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memaklumkan Hutan Simpan Sungai Terla merupakan kawasan panas aktiviti pembuangan sisa pertanian dan telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air. Rondaan dilakukan secara berjadual bagi membanteras pencerobohan dan menjaga kelestarian alam sekitar.
“Tujuan mereka memasuki Hutan Simpan Sungai Terla semata-mata untuk membuang sisa pertanian di kawasan curam tebing Sungai Terla, sedangkan mereka tidak dibenarkan berada dan melakukan sebarang aktiviti dalam hutan simpan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Zainuddin, susulan itu Pejabat Hutan Daerah (PHD) Cameron Highlands menyita kenderaan yang digunakan dan tiga lelaki terbabit dibawa ke Balai Polis Brinchang bagi tindakan seterusnya.
Katanya, mereka yang terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 47 kerana memasuki hutan simpan tanpa kebenaran dan Seksyen 83 kerana membuang sampah di dalam hutan simpan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.
Tambahnya, Hutan Simpan Sungai Terla menjadi antara kawasan panas aktiviti membuang sisa pertanian dan pelbagai jenis sampah.
“Justeru, rondaan dilakukan secara berjadual siang dan malam dengan harapan dapat memberkas pihak tidak bertanggungjawab.
“Hutan Simpan Sungai Terla dan Hutan Simpan Sungai Ichat, Cameron Highlands telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air daerah berkenaan, jadi sebarang aktiviti tidak dibenarkan dalam kawasan terbabit,” katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar bersama-sama memelihara kawasan hutan dan sungai bagi menjamin kelestarian alam serta mengelakkan risiko banjir akibat saliran tersekat. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami