KLANG: Tiga lelaki ditahan dalam satu operasi di beberapa lokasi sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang awal pagi tadi kerana disyaki bekerja dengan menggunakan kad pengenalan palsu.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan memaklumkan operasi itu bertujuan mengesan warga asing yang memalsukan dan menyalahgunakan kad pengenalan.
Operasi hingga 5 pagi tadi yang melibatkan Jabatan Imigresen (JIM) Putrajaya dan turut disertai pihak media, memeriksa 12 rumah di tujuh lokasi.
"Kesemua yang ditahan dibawa ke JPN Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta memegang kad Persatuan Bajau," menurut kenyataan itu.
JPN memaklumkan ketiga-tiganya bekerja sebagai jurukimpal dengan seorang daripadanya dipercayai warga Filipina manakala dua lagi mengaku berasal dari Sabah.
"Operasi melibatkan 60 anggota JPN dan 23 anggota JIM Putrajaya itu juga menemukan sejumlah salinan kad pengenalan dan kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)," menurut JPN.
Sehubungan itu, JPN mengingatkan pihak majikan untuk memastikan mengambil pekerja yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Pegawai dan anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya menahan dan memeriksa dokumen peribadi seorang individu dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Pulau Indah hari ini. - Foto Bernama
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Tiga lelaki dipercayai dalang kepada 'kartel perolehan' TLDM ditahan
Menurut sumber ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 6 petang tadi.
Tiga lelaki ditahan guna kad pengenalan palsu
Tiga lelaki ditahan di sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang pagi tadi kerana disyaki bekerja menggunakan kad pengenalan palsu.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes bunuh
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dua hari lepas sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut.
Tiga ditahan, rogol berkumpulan kanak-kanak bawah umur
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, pada dua minggu lalu.
Polis tahan 3 individu bantu siasatan kes serangan Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang
Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan usia 45 hingga 51 itu ditahan di sekitar Perai Ahad lepas.
Padah khianat kedai serbaneka, tiga lelaki ditahan
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes video khianat di sebuah kedai serbaneka di Seremban yang tular sejak Khamis.