awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditahan memandu, menunggang dalam keadaan mabuk

Sinar Harian
Sinar Harian
25/12/2021
21:45 MYT
Tiga lelaki ditahan memandu, menunggang dalam keadaan mabuk
Antara yang ditahan memandu dalam keadaan mabuk. -Foto Facebook IPD Seremban
SEREMBAN: Tiga lelaki ditahan selepas memandu dan menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Bersepadu Ambang Krismas di Jalan Sungai Ujong dan Jalan Lingkaran-Permai berhampiran Chemara Hills di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam operasi yang bermula kira-kira jam 11.30 malam itu sebanyak 23 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas.
"Seramai dua pegawai dan 12 anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seremban menjalankan satu Operasi Bersepadu Ambang Krismas di dua lokasi di daerah ini.
"Dalam operasi berkenaan tiga lelaki masing-masing berusia 51, 53 dan 64 tahun ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati paras kandungan alkohol di dalam badan ketiga-tiga suspek melebihi had yang ditetapkan dan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Sebanyak 23 saman polis dan 26 notis JPJ telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan hasil daripada operasi yang dijalankan.
"Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Trafik IPD Seremban untuk tindakan lanjut," katanya.
Nanda berkata, pihaknya tidak menghalang individu untuk meraikan sesuatu sambutan perayaan, namun mesti mematuhi peraturan dengan tidak memandu ketika mabuk kerana ia akan menyebabkan kemalangan kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#di bawah pengaruh alkohol
#Chemara Hills
#memandu mabuk
#Nanda Maarof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan