awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditahan, polis rampas kenderaan curi bernilai RM300,000

Bernama
Bernama
23/07/2020
22:44 MYT
Tiga lelaki ditahan, polis rampas kenderaan curi bernilai RM300,000
Mazlan berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek ini, polis telah menyelesaikan sebanyak lima kes curi kereta di sekitar Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
Polis menahan tiga lelaki ahli sindiket mencuri kereta dan merampas lima kenderaan yang dianggarkan bernilai RM300,000 di Jalan Klang Lama, di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata ketiga-tiga suspek warga tempatan yang berusia 22 hingga 30 tahun itu ditahan dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta pada kira-kira 8.30 malam.
Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta tersebut, polis menemui beberapa dokumen dan beberapa kunci kereta.
“Hasil soal siasat yang dijalankan telah membawa kepada penemuan lima kenderaan yang dilaporkan hilang di sekitar Kuala Lumpur sejak awal tahun ini ialah Toyota Hilux, Honda CRV, Lexus, Audi dan sebuah Perodua Myvi yang dianggarkan bernilai RM300,000,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata modus operandi sindiket ini mencuri secara berkumpulan sebelum kereta itu dijual kembali dengan nombor casis dan nombor enjin yang telah diubah suai.
"Pembeli kenderaan curi ini akan dibekalkan dengan geran kenderaan palsu,” katanya.
Mazlan berkata hasil siasatan mendapati kumpulan ini dipercayai aktif melakukan jenayah curi kenderaan sejak awal tahun ini dan dengan tertangkapnya kesemua suspek ini, polis telah menyelesaikan sebanyak lima kes curi kereta di sekitar Kuala Lumpur.
"Kesemua suspek negatif ujian saringan air kencing manakala seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah,” katanya menambah kesemua suspek direman empat hari bermula Selasa hingga esok (24 Julai) untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi
#curi kereta
#geran kenderaan
#kereta
#kes curi
#Kuala Lumpur
#Mazlan Lazim
#nombor casis
#nombor enjin
#palsu
#pembeli
#polis
#siasatan
#sindiket
#suspek
#Tahan
#ubah suai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan