awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki, lima wanita didakwa berkaitan ajaran "Tuhan Harun"

Bernama
Bernama
20/12/2024
12:21 MYT
Tiga lelaki, lima wanita didakwa berkaitan ajaran "Tuhan Harun"
Lapan individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini atas pertuduhan berkaitan ajaran sesat "Tuhan Harun". - Foto hiasan
SHAH ALAM: Lapan individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan ajaran sesat "Tuhan Harun".
Pertuduhan terhadap tiga lelaki dan lima wanita itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Dr Zainal Abidin Kusmin.
Mereka antaranya didakwa membuat dakwaan palsu dengan mengakui diri sebagai klon tuhan, membuat hantaran menerusi kumpulan perbualan (chat group) di aplikasi Telegram dengan membuat dakwaan palsu bahawa Harun adalah tuhan, dan bersubahat untuk membuat dakwaan palsu mengenai perkara serupa menerusi aplikasi yang sama.
Pendakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 8B dan Seksyen 46B Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Zainal Abidin kemudian membenarkan jaminan lisan ke atas semua tertuduh dengan dua penjamin warga tempatan selain menetapkan sebutan kes bagi kos jaminan pada Isnin depan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataan berkata kesemua individu berkenaan ditahan hasil serbuan sebuah premis di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kira-kira 2.30 petang semalam.
"Hasil risikan mendapati profil dan modus operandi kumpulan itu mempunyai persamaan dan kaitan rapat dengan ajaran berkenaan," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut menyita beberapa peranti seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan ajaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#individu didakwa
#Tuhan Harun
#Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam
#ajaran sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan