awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
"Jermanpine" permata berharga Kampung Parit Jerman, ikon pelancongan baharu Pontian
Seni Silat Cekak berkembang ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki, seorang wanita didakwa bunuh ejen insurans

Bernama
Bernama
17/12/2021
06:15 MYT
Tiga lelaki, seorang wanita didakwa bunuh ejen insurans
Tiga lelaki dan seorang wanita dihadap ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas tuduhan membunuh seorang agen insuran 2 Disember lepas. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ejen insurans.
S. Jeeva, 51, pengarah sebuah syarikat; M. Raja, 35 (pekerja bebas); P. Yogan Pillay, 25, (pemandu lori) dan seorang tertuduh wanita, M. Bereamalah, 39, (ejen insurans) mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.
Tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian ke atas P. Rajasegar, 52, di sebuah menara syarikat insurans, Jalan Lintang di sini antara 10.30 pagi 12 Nov hingga 4.45 petang 2 Dis lepas.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 26 Jan depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh ejen insurans
#dituduh membunuh
#Mahkamah Majistret Seremban
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan