awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2024
13:15 MYT
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Pasukan bomba dibantu pegawai perubatan memberi bantuan CPR kepada salah seorang mangsa yang berjaya dibawa naik ke tebing oleh orang awam di Gopeng. - Gambar Bomba Perak
GOPENG : Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Difahamkan ketiga-tiga mangsa termasuk seorang wanita merupakan sebahagian daripada kumpulan yang menjalani kursus pengukuhan kerja berpasukan (team building) di lokasi kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang.
Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa berjaya dinaikkan ke tebing sungai oleh orang awam.
"Dua mangsa berjaya dinaikkan di tebing berhampiran Kampung Pintu Padang namun, mangsa lelaki disahkan meninggal oleh pasukan kesihatan manakala seorang wanita masih tidak sedarkan diri.
"Anggota kemudian memberi bantuan CPR (Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari) dibantu pegawai kesihatan terhadap mangsa wanita sebelum disahkan meninggal dunia.
"Mangsa ketiga berjaya dinaikkan kira-kira 400 meter dari lokasi pertama turut disahkan meninggal oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi di sini.
Sayani berkata, kesemua mangsa akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#JBPM
#kepala air
#lemas
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan