NATIONAL
Tiga masjid utama Jakim adakan solat hajat, doa Qunut Nazilah untuk Palestin

Jakim mengajak umat Islam bersatu memohon pertolongan Allah SWT bagi perlindungan rakyat Palestin dan pembebasan al-Quds. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Tiga masjid utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal akan melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa kepada rakyat Palestin.
Ringkasan AI
- Solat hajat dan Qunut Nazilah: Masjid Negara, Masjid Putra, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti serta doa untuk rakyat Palestin yang mengalami penderitaan berterusan.
- Seruan solidariti: Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, menyeru rakyat Malaysia untuk menzahirkan simpati terhadap Palestin yang terus dizalimi oleh rejim Zionis Israel. JAKIM menyokong pendirian Kerajaan MADANI dalam membela umat Islam serta membantu Palestin.
- Doa dan harapan: Jakim mengajak umat Islam bersatu memohon pertolongan Allah SWT bagi perlindungan rakyat Palestin dan pembebasan al-Quds. Mereka berharap usaha ini, walaupun kecil, akan memberi makna dan dihargai oleh Allah SWT.
Beliau berkata Jakim konsisten dalam menyokong pendirian Kerajaan Madani yang tegas membela kedaulatan negara umat Islam, khususnya Palestin serta terus membantu rakyatnya dalam pelbagai bentuk dan cara.
"Adalah diseru agar umat Islam bersatu hati memohon pertolongan Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana serta pembebasan bumi al-Quds. Semoga dengan usaha sekecil ini akan dipandang tinggi di sisi Allah SWT," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami