awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut dalam kejadian gelinciran tanah di Ukay Perdana

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
03/07/2013
10:58 MYT
Tiga maut dalam kejadian gelinciran tanah di Ukay Perdana
Tiga orang maut dalam kejadian gelinciran tanah di sebuah tapak pembinaan di Sierra Ukay, Ukay Perdana, Ampang pagi ini.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.
Mohd Sani berkata ketiga-tiga orang itu adalah pekerja di tapak pembinaan tersebut.
“Mereka dalam usia 30-an dan merupakan warganegara Myanmar,” kata Mohd Sani kepada Astro AWANI.
Mereka adalah Mohamad Alam Yusup Ali, 33, Abdul Korim Was Korim, 36, dan Ramzawihakim Soyotdulah, 26.
Mohd Sani turut berkata dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi tadi, lima pekerja lain dapat diselamatkan.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Datuk Mohammad Yaacob berkata kejadian itu melibatkan tanah yang tertimbus di kawasan projek perumahan.
"Selepas penyiasatan, kami dapati bahawa kejadian ini berlaku kerana kecuaian kontraktor .
"Semasa kerja-kerja tanah dilakukan pihak kontraktor tersebut terlepas pandang pekerja-pekerja yang berada di kawasan tanah cerun.
"Mengikut prosedur, pihak MPAJ akan mengeluarkan arahan berhenti kerja hari ini," katanya.
Ketika kejadian, kesemua pekerja itu sedang melaksanakan kerja pemasangan cerucuk bagi menstabilkan struktur tanah di cerun setinggi 2 meter.
Kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#Gelinciran tanah
#maut
#Mohd Sani Harul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan