awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, lori simen jatuh gaung di Kapit

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
05/09/2022
14:18 MYT
Tiga maut, lori simen jatuh gaung di Kapit
Jelasnya, setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati lori muatan simen itu jatuh ke gaung sedalam 20 kaki.
KAPIT: Tiga lelaki warga tempatan maut selepas sebuah lori simen yang dinaiki mereka terhumban ke gaung di Jalan Merit, Kapit pada pagi Isnin.
Kesemua mangsa telah dikenal pasti sebagai sebagai George Wong, 33, Bunyau Manggie, 40, dan Steven Janggai Bungkang, 33.
Ketiga-tiga mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.35 pagi sebelum mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit ke lokasi kejadian.
Katanya, seramai 12 anggota dikerah bersama sebuah jentera, ambulans EMRS dan sebuah kereta Perodua Kembara bagi misi penyelamatan.
"Bagaimanapun pasukan penyelamat berdepan kesukaran apabila jentera yang digunakan tidak dapat melalui jalan balik sejauh 30 kilometer.
"Hal ini memaksa pasukan itu menumpang dua kenderaan pacuan empat roda milik syarikat simen terbabit untuk ke lokasi kejadian," kataya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelasnya, setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati lori muatan simen itu jatuh ke gaung sedalam 20 kaki.
“Seramai tiga mangsa yang berada di dalam kenderaan itu dilaporkan tersepit dan pihak bomba terpaksa menggunakan sistem takal dan hidraulik untuk memotong bingkai cermin lori tersebut.
“Ketiga-tiga mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dan dibawa naik menggunakan kaedah Basket Stretcher,” katanya lanjut.
Topic Berkaitan
#jatuh gaung
#tiga maut
#kemalangan di Kapit
#mangsa tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan