awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Negeri Sembilan larang minuman keras di taman rekreasi, pantai awam serta-merta
BISNES
Sarawak perlu teroka pasaran baharu - Awang Tengah
MALAYSIA
Sabah lancar pusat kawalan bencana pertama di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Tiga maut pacuan empat roda bertembung treler minyak sawit

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
02/07/2025
00:00 MYT
Tiga maut pacuan empat roda bertembung treler minyak sawit
Sebuah kenderaan 4WD jenis Isuzu Dmax bertembung dengan sebuah treler muatan minyak sawit dalam kejadian di Batu 16, Jalan Lahad Datu-Sandakan malam tadi, mengakibatkan tiga terkorban manakala seorang lagi cedera. - Foto JBPM Sabah
LAHAD DATU: Tiga lelaki terkorban manakala seorang lagi cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan minyak sawit dalam kejadian di Batu 16, Jalan Lahad Datu-Sandakan malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.52 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikerah ke lokasi sejauh kira-kira 30 kilometer dari bandar itu.
Sebaik tiba di lokasi sekitar jam 9.15 malam, pasukan bomba menemui tiga mangsa lelaki yang tersepit dalam kenderaan jenis Isuzu Dmax dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menurut JBPM Sabah dalam satu kenyataan.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Azizi, 28 tahun, iaitu pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut, Muhammad Zulkhairi Ismail, 29 tahun, penumpang di bahagian belakang, dan Mohd Rasman Ahmat Kechil, 28 tahun, penumpang hadapan.
Seorang lagi mangsa, pemandu treler berusia 61 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital oleh pasukan KKM untuk mendapatkan rawatan.
Operasi menyelamat diketuai PBK I Mohammad Akbar Mohambar, manakala Komander Operasi Kanan adalah PKPgB Sumsoa Rashid.
Turut berada di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia dan petugas kesihatan dari KKM.
Setelah memastikan kawasan selamat sepenuhnya, operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah malam.
Topic Berkaitan
#tiga maut
#kemalangan di Lahad Datu
#treler minyak sawit
#pacuan empat roda bertembung treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami