awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut: Polis berkas pemandu Proton Wira babit nahas di Serendah

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2023
06:51 MYT
Tiga maut: Polis berkas pemandu Proton Wira babit nahas di Serendah
Suspek yang dipercayai menjadi penyebab dua buah lagi kenderaan terlibat dalam kemalangan itu telah ditahan di Hulu Yam.- Gambar hiasan
SELAYANG: Seorang pemandu kereta Proton Wira dipercayai cuba melarikan diri setelah terlibat dalam kemalangan maut di Serendah pada Jumaat akhirnya diberkas.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, suspek yang dipercayai menjadi penyebab dua buah lagi kenderaan terlibat dalam kemalangan itu telah ditahan di Hulu Yam, Selangor pada Khamis jam 11.30 malam.
Beliau berkata, pemandu terbabit merupakan seorang lelaki berusia 61 tahun.
"Semasa tangkapan dibuat, pemandu Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan maut tersebut.
"Hasil siasatan dilakukan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan dadah yang telah dihukum dan satu kes jenayah telah dihukum," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kata beliau, tindakan reman selama empat hari bermula Jumaat dilakukan ke atas suspek bagi membantu siasatan.
Jelasnya, suspek ditahan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu menurutnya, seorang mangsa kemalangan yang terselamat merupakan penumpang Toyota Avanza masih menerima rawatan di Hospital Selayang.
Beliau memberitahu, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nahas Serendah tiga maut
#pemandu Wira diberkas
#Polis Hulu Selangor
#Ahmad Faizal Tahrim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan