PORT DICKSON: Tiga individu termasuk seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 20.8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala ke Teluk Kemang di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang maut membabitkan dua wanita iaitu R Mogana, 35, M Pangaja Valli, 51 dan seorang remaja lelaki S Jagannatth, 16 tahun.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Camry dinaiki enam individu berusia 16 hingga 51 tahun dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.
"Pemandu dan penumpang kereta Toyota Camry berasal dari Ampang, Selangor dipercayai dalam perjalanan ke sebuah kuil di Batu 5 Jalan Pantai, Port Dickson manakala pemandu pacuan empat roda pula menuju ke Taman Intan Perdana di sini bagi menyiapkan projek perumahan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, kenderaan pacuan empat roda itu yang dipandu oleh kontraktor itu dipercayai telah melanggar bahagian belakang Toyota Camry menyebabkan tiga penumpang belakang maut di lokasi kejadian.
"Tiga lagi individu mengalami kecederaan parah masing-masing di bahagian badan dan tangan manakala pemandu pacuan empat roda pula mengalami cedera ringan. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut dan proses bedah.
"Ujian saringan alkohol dan air kencing terhadap pemandu pacuan empat roda menunjukkan dia bebas alkohol dan dadah. Dia kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 14 2023
Keadaan kenderaan mangsa yang remuk selepas kejadian kemalangan di KM 20.8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala ke Teluk Kemang pada Selasa. - Foto PDRM
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
3 maut dalam serangan pisau di Shanghai
Tiga orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah pasar raya di Shanghai pada Isnin.
Tiga maut dirempuh pacuan empat roda ketika baiki treler rosak
Tiga lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika membaiki treler rosak di Jalan Merapoh-Kuala Lipis, Lipis.
Tiga kematian babit peserta RXZ Members 6.0 direkodkan
Polis mengeluarkan 89 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari operasi.
Kebakaran Pitas: Identiti mangsa rentung dikenal pasti, dua beranak antara korban
Identiti tiga mangsa yang dilaporkan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Blok 5, Pitas, telah dikenal pasti.
Tiga maut lori terbalik jatuh gaung
Tiga lelaki maut dipercayai tercampak dan jatuh ke dalam gaung apabila lori dinaiki mereka terbalik di Projek Di Raja Lojing di Gua Musang.
Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.
Tiga maut nahas helikopter di Switzerland
Tiga maut dalam nahas helikopter di Switzerland pada Selasa, menurut polis.
Tiga maut, seorang parah kemalangan di Jalan Kuala Kubu Bharu
Dua lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Kubu Bharu.
Tiga maut nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
Tiga individu maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 50.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala Bandar Penawar di sini pada Sabtu.
3 maut, 6 cedera dalam kejadian tembakan di Seattle
Seramai tiga orang terbunuh manakala enam lagi cedera dalam insiden tembakan di Seattle Selatan, Washington.