awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga MoU dimeterai, kerjasama aliran komoditi bekalan makanan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/12/2020
07:19 MYT
Tiga MoU dimeterai, kerjasama aliran komoditi bekalan makanan
Azrin Sabirin berkata, melalui Jalur3, syarikat pengeluar, pengusaha dan pembekal akan membentuk rantaian bekalan bersepadu secara menyeluruh. - Fambar fail/Unsplash.com
SEMENYIH:Tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai hari ini membabitkan Public Wellbeing Solutions Sdn Bhd (PWS), Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Gabungan Pengerus-Pengerusi Penduduk Perumahan Awam dan panel konsortium bagi menggalakkan kerjasama aliran komoditi bekalan makanan industri asas tani di Malaysia melalui pasaran Jalur3.
Ketua Pegawai Operasi (COO), Azrin Sabirin berkata, melalui Jalur3, syarikat pengeluar, pengusaha dan pembekal akan membentuk rantaian bekalan bersepadu secara menyeluruh.
"Kita lihat komuniti hasil laut, tani, ayam dan sebagainya, kebanyakan peniaga-peniaga ini bergerak secara bersendirian.
"Jadi apa yang kita buat menerusi MOU ini, kita mengkoordinasi semua di bawah satu jenama Jalur3 dan pemasaran akan dilakukan oleh belia-belia yang kita telah latih," katanya selepas majilis menandatangani MOU di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Azrin berkata, sebagai permulaan, inisiatif itu akan diperkenalkan pada pertengahan Januari tahun depan di Lembah Klang termasuk kesemua 64 Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Sementara itu, Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, usaha ini memberi ruang kepada semua belia untuk menceburi industri ini sekali gus membuka peluang untuk menambahkan pendapatan.
Rantaian bekalan yang efektif itu bakal menyalurkan komiditi makanan yang berkualiti pada harga yang jauh lebih murah berbanding pasaran.
Topic Berkaitan
#Jalur3
#majlis belia malaysia
#Majlis Gabungan Pengerus-pengerusi Penduduk Perumahan Awam
#PWS
#MoU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan