Tiga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuatnaik ucapan terima kasih sempena kemenangan mereka di laman sosial masing-masing.

Mereka dilihat berjaya mengekalkan jawatan sebagai orang kanan parti untuk penggal 2013-2016 pada hari pemilihan sayap UMNO semalam.

Penyandang kerusi teratas Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid di laman Instagramnya turut menghargai kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli perwakilan.

a

Sementara itu, Shafie Apdal yang turut meraikan ulangtahunnya ke 56 hari ini melahirkan rasa syukur tak terhingga di atas kejayaan itu di laman Twitternya.


Hishammudin yang mendapat 100 undi untuk terus bergandingan dengan Ahmad Zahid (185 undi) dan Datuk Shafie Apdal (174 undi) turut sama mengucapkan terima kasih di Twitternya kepada semua perwakilan UMNO yang telah menunaikan tangunggjawab mereka sebagai ahli.


Kemenangan mereka sekaligus mengetepikan tiga pencabar bagi jawatan itu iaitu Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mendapat 91 undi dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing meraih tujuh undi.