awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pekerja bertemu ajal ketika mengorek longkang

Bernama
Bernama
27/06/2014
08:08 MYT
Tiga pekerja bertemu ajal ketika mengorek longkang
BOMBA: Pekerja asing terbabit sedang menggali sebuah longkang milik kilang yang sedang di dalam pembinaan.
Tiga pekerja warga asing maut manakala seorang lagi cedera apabila tembok berhampiran longkang yang sedang digali, runtuh secara tiba-tiba dan menimbus mereka hari ini.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Mohamad Anwar Mohd Amdzah berkata, pekerja asing terbabit sedang menggali sebuah longkang milik kilang yang sedang di dalam pembinaan di Jalan Angkasa Emas, Johor Jaya.
Pihak Bomba dan Penyelamat, katanya, menerima panggilan daripada orang awam pada 8.36 pagi dan tiba di tempat kejadian pada 8.47 pagi.
"Mereka yang terbunuh adalah dua warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Sairin, 44, dan Abu Kassim, 41, manakala pekerja warga Bangladesh yang maut pula dikenali sebagai Ripoon Mioh, 27," katanya.
Pekerja warga Indonesia yang cedera itu masih belum dikenal pasti, tetapi telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut, kata Mohamad Anwar.
Menurutnya, longkang sedalam lebih satu meter yang sedang digali oleh pekerja-pekerja asing terbabit dipercayai telah menyebabkan tembok berhampiran tidak stabil, mengakibatkannya runtuh dan menimbus kesemua mereka.
"Tembok itu menjadi tidak stabil dan runtuh menimbus mangsa," katanya dan menambah, mangsa pertama dikeluarkan daripada timbusan tanah pada 10.20 pagi, diikuti mangsa-mangsa lain tidak lama selepas itu.
Katanya, 20 anggota pegawai bomba dan penyelamat termasuk dari Johor Baharu dikerah ke tempat kejadian.
Ketika kejadian, katanya, beberapa pekerja asing lain sedang menjalankan kerja-kerja tanah di kilang terbabit dan telah memberi bantuan menggali mangsa-mangsa yang tertimbus itu.
Kerja-kerja pembinaan infrastruktur lain di kilang yang hampir siap itu digantung buat sementara waktu, katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#buruh
#Kontraktor
#Mohamad Anwar Mohd Amdzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan