awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar sekolah menengah di Cheras ditahan lakukan samun bersenjata pisau

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/01/2024
15:36 MYT
Tiga pelajar sekolah menengah di Cheras ditahan lakukan samun bersenjata pisau
Ridzuan berkata, ketiga-tiga pelajar itu ditahan berasingan di sekitar Cheras. - Gambar Astro AWANI
CHERAS: Polis menahan dua pelajar tingkatan dua dan seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Cheras kerana dipercayai melakukan samun berkumpulan dengan bersenjatakan pisau ke atas seorang warga asing di Taman Connaught, di sini pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, ketiga-tiga pelajar itu ditahan berasingan di sekitar Cheras.
Penahan itu katanya dilakukan selepas polis menerima maklumat kira-kira pukul 2 pagi, pada Rabu.
"Berdasarkan siasatan, mangsa yang mengalami kerugian RM500 itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Menurut Ridzuan, ketiga-tiga pelajar itu ditahan reman lima hari bermula hari ini.
Katanya, kes itu katanya mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat dan jika bersenjata hendaklah dikenakan sebat selain hukuman yang boleh dikenakan di bawah seksyen lain jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#samun berkumpulan
#hukuman penjara
#balai polis
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan