awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pemburu haram diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
16/07/2022
03:45 MYT
Tiga pemburu haram diberkas
Dua ekor disyaki pelanduk antara dirampas menerusi Operasi Bersepadu Khanazah susulan tangkapan tiga lelaki di Tapak Ramsar Tasek Bera, Pahang, pada 10 Julai lalu. - Sinar Harian (Gambar kecil) Abdul Kadir
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang warga emas yang berburu secara haram di kawasan Tapak Ramsar Tasek Bera, Pahang ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), pada Ahad lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kesemua mereka yang merupakan warga tempatan ditahan kira-kira jam 7.30 petang hasil operasi sepasukan anggota Perhilitan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang serta Veteran Angkatan Tentera dan Orang Asli (VeTOA).
"Pelbagai barang telah dirampas antaranya dua laras senapang angin; 40 biji guli, sebilah pisau dan telefon bimbit.
"Disyaki mereka terlibat sebagai pemburu haram susulan rampasan dua ekor haiwan disyaki pelanduk," katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.
Beliau berkata, kesemua suspek berusia 34 hingga 72 tahun dibawa ke Balai Polis Triang, Pahang untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 60 (1) (b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Tegas beliau, mana-mana orang yang menjalankan aktiviti tangkapan (memburu), menjual atau menyimpan apa-apa hidupan liar yang disenaraikan di dalam Akta 716 tanpa sebarang lesen permit atau permit khas boleh didenda sehingga maksimum RM1 Juta dan penjara sehingga 15 tahun.
“Sebarang aduan dan maklumat boleh salurkan kepada Perhilitan di talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemburu haram
#Operasi Bersepadu Khazanah
#Tapak Ramsar Tasek Bera
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan