Skip to main content

Dunia

Oscars 2026 kenang legenda Hollywood dalam segmen khas "In Memoriam"

Rachel McAdams speaks as an image of the late Diane Keaton is shown during the In Memoriam segment of the Oscars show at the 98th Academy Awards in Hollywood, Los Angeles, California, U.S., March 15, 2026. REUTERS/Mike Blake
Pelakon Rachel McAdams memberi penghormatan kepada Diane Keaton dengan menggambarkan pengaruh besar pelakon tersebut di set penggambaran serta berkongsi kenangan Keaton yang pernah menyanyikan lagu Girl Scouts di antara babak penggambaran. - Gambar Reuters

LOS ANGELES: Anugerah Akademi ke-98 memberi penghormatan kepada beberapa tokoh besar Hollywood yang telah meninggal dunia menerusi segmen tahunan “In Memoriam” yang menjadi antara detik paling menyentuh emosi dalam majlis anugerah berprestij itu.

Segmen tersebut menampilkan penghormatan kepada beberapa nama besar industri filem, termasuk pengarah Rob Reiner, pelakon Diane Keaton dan aktor legenda Robert Redford.

Advertisement

Pelakon dan hos terkenal, Billy Crystal mengenang Reiner sebagai seorang pembikin filem yang sentiasa menghargai hubungan dengan penonton dan rakan industri.

“Untuk jutaan penonton yang menikmati filemnya selama ini, saya mahu anda tahu betapa bermaknanya kepada Rob bahawa karyanya memberi makna kepada anda,” kata Crystal ketika menyampaikan penghargaan kepada pengarah filem When Harry Met Sally itu.

Sementara itu, pelakon Rachel McAdams memberi penghormatan kepada Diane Keaton dengan menggambarkan pengaruh besar pelakon tersebut di set penggambaran serta berkongsi kenangan Keaton yang pernah menyanyikan lagu Girl Scouts di antara babak penggambaran.

Dalam segmen sama, penyanyi dan pelakon legenda, Barbra Streisand memberi tribute kepada Robert Redford, yang disifatkannya sebagai seorang yang “berani dan berfikir jauh.”

Streisand turut menggelarnya sebagai “intellectual cowboy” sambil mengimbas sumbangan Redford dalam industri filem yang pernah memenangi Oscar bagi Pengarah Terbaik.

“Saya merinduinya kini lebih daripada sebelumnya,” katanya sebelum mempersembahkan lagu The Way We Were, lagu tema filem 1973 yang dibintanginya bersama Redford.

Segmen In Memoriam merupakan tradisi tahunan dalam majlis Oscar bagi memperingati tokoh industri filem yang telah pergi, sekali gus menghargai legasi mereka dalam dunia perfileman global. 

Must Watch Video