awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah

Bernama
Bernama
17/07/2024
05:45 MYT
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Mereka ditahan antara 11 pagi hingga 2 petang ketika hadir membantu siasatan di Pejabat SPRM Melaka semalam. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang masing-masing direman lima dan enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi membantu siasatan berhubung pemberian wang suapan kepada pegawai bank di sebuah institusi kewangan di Melaka berjumlah kira-kira RM12,072.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan permohonan reman itu selepas mendapat permohonan daripada SPRM Melaka hari ini.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 41 hingga 43 tahun itu disyaki memberi suapan dalam membantu memberikan rujukan kes kepada firma guaman terlibat untuk urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada institusi kewangan berkenaan.
Mereka ditahan antara 11 pagi hingga 2 petang ketika hadir membantu siasatan di Pejabat SPRM Melaka semalam.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Akhbar sebelum ini melaporkan SPRM menahan 12 individu berkaitan kes berkenaan termasuk pengurus firma guaman, peguam dan pegawai bank institusi kewangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilik firma guaman
#direman
#SPRM
#Rasuah
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan