awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga penjawat awam ditahan disyaki terlibat dalam penyeludupan migran

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
21/07/2021
11:04 MYT
Tiga penjawat awam ditahan disyaki terlibat dalam penyeludupan migran
Ketiga-tiga mereka dikatakan menggunakan kenderaan dengan logo kerajaan bagi mengaburi mata pasukan keselamatan. - PDRM
KUNAK: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan penahanan tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam penyeludupan orang menggunakan kenderaan kerajaan.
Hazani ketika dihubungi berkata, ketiga-tiga individu itu sedang disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
Dalam satu kejadian pada 14 Julai lalu, tiga lelaki yang dipercayai penjawat awam dikatakan membawa 15 penumpang yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan dua buah kenderaan pacuan empat roda.
Difahamkan, mereka menggunakan kenderaan dengan logo kerajaan bagi mengaburi mata pasukan keselamatan namun tindakan mereka melanggar sekatan jalan raya (SJR) dan memandu dengan laju telah menimbulkan syak wasangka.
Mereka juga didakwa telah melanggar tiga SJR sepanjang jalan Lahad Datu-Kunak sebelum ditahan di kawasan Balung, Jalan Apas, Tawau.
Ketika ditahan, hanya tiga individu berkenaan dan tiada penumpang lain dalam kenderaan tersebut.
Ketiga-tiga suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Sri Indah untuk tindakan lanjut di mana siasatan awal mendapati bahawa ketiga-tiga suspek mengaku membawa 15 penumpang dari Lahad Datu menuju ke Tawau.
Topic Berkaitan
#seludup
#penjawat awam
#kenderaan kerajaan
#pihak berkuasa
#POCA
#pati
#pendatang asing
#jenayah
#SJR
#Pesuruhjaya Polis Sabah
#Hazani Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan