Skip to main content

Malaysia

Tiga perompak ditembak mati, seorang lolos

71351599143_295x200.jpg
Polis menembak mati tiga penjenayah ketika melarikan diri selepas merompak sebuah kedai emas di Meru Raya, Jelapang, Ipoh kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Dipercayai seorang penjenayah sempat meloloskan diri daripada kenderaan jenis Proton Waja yang dinaiki manakala tiga yang lain mati ditempat kejadian.

Difahamkan penjenayah terbabit baru sahaja merompak sebuah kedai emas dihadapan pusat membeli belah Mydin kira-kira pukul 10.40 pagi sebelum ditembak kira-kira dua kilometer dari kedai emas tersebut.

Advertisement

Topic Berkaitan

Must Watch Video