awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
Terus berbakti walau selepas kematian: Tubuh 'dihadiahkan', demi generasi doktor masa depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga PPS dibuka di Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/10/2021
02:35 MYT
Tiga PPS dibuka di Kedah
Penduduk terpaksa dipindahkan susulan hujan lebat sejak petang semalam. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di dua daerah di negeri ini yang menempatkan seramai 181 mangsa dari 48 keluarga berikutan banjir akibat hujan lebat.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, satu PPS dibuka di daerah Pendang menempatkan seramai 140 mangsa dari 36 keluarga dibuka sejak Khamis lalu manakala dua lagi PPS dibuka di Baling, malam tadi.
Beliau berkata, dua PPS di Baling iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gantung menempatkan 29 mangsa dari 10 keluarga manakala PPS SK Bandar menempatkan 12 mangsa dari dua keluarga.
"Ini berikutan hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan paras air sungai meningkat dan kedua-dua PPS itu dibuka jam 9 malam tadi.
"Antara kampung yang terjejas dinaiki air adalah di Kampung Padang Che Mas, Kampung Tok Weng, Kampung Temusu, Kampung Wang, Kampung Pokok Sena, Kampung Sungai Limau dan Kampung Teluk Pendiat, Kampung Lubuk Pedati dan Kampung Siput," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Muaz berkata, pemantauan masih dilakukan APM di kawasan berisiko yang dinaiki air.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa banjir
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan