awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sahabat bebas pertuduhan mengedar, memiliki dadah

Bernama
Bernama
06/03/2025
07:30 MYT
Tiga sahabat bebas pertuduhan mengedar, memiliki dadah
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu S Purusothaman, (tengah), K Puvanisveran dan R. Viknesh (kanan). - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine, enam tahun lepas.
Hakim Datuk Abu Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh iaitu S Purusothaman, 42, K Puvanisveran, 58, dan R Viknesh, 39.
Dalam penghakiman, Abu Katar berkata kehadiran ketiga-tiga tertuduh ke premis merah dan kawasan ladang lembu tanpa kebenaran lainnya tidak mencukupi bgai mengaitkan kawalan atau jagaan dadah berbahaya yang menjadi teras dua pertuduhan itu.
Beliau berkata premis merah dan ladang tersebut turut boleh diakses oleh orang lain selain ketiga-tiga tertuduh dan keterangan saksi pendakwaan sendiri mengesahkan ada orang lain boleh mengakses premis merah dan ladang tersebut.
"Penemuan dadah di dalam premis merah tidak memadai untuk mengaitkan S Purusothaman dengan kawalan atau jagaan dadah berbahaya. Tiada keterangan lainnya menunjukkan siapa yang meletakkan dadah, bila dadah diletakkan sebelum tarikh serbuan dilakukan.
"Mahkamah juga berpendapat penemuan anak kunci semata-mata tidak memadai untuk mengaitkan tertuduh kedua dengan dadah berbahaya yang dijumpai dalam premis berkenaan," katanya.
Abu berkata mahkamah berpendapat pendakwaan gagal membuktikan ketiga-tiga tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan atas dadah berbahaya yang menjadi teras kepada dua pertuduhan itu termasuk pemilikan dadah terbabit.
Justeru, mahkamah melepas dan membebaskan semua tertuduh daripada dua pertuduhan dihadapi mereka tanpa dipanggil membela diri.
Ketiga-tiga yang bekerja sebagai penternak sebelum ini berhadapan dua pertuduhan secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine dengan berat bersih 6.20 kilogram dan memiliki cecair mengandungi Methamphetamine dengan isipadu bersih 58.68 liter.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di premis tidak bernombor dekat Kampung Pengkalan Batu, Mersing 4.10 petang, 28 Ogos 2019.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dipenjara seumur hidup dan disebat minimum 12 kali.
Ketiga-tiga itu turut didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tujuh saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang perbicaraan yang bermula 2023.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Juanita Mohd Said manakala Purusothaman diwakili peguam G Subramaniam Nair dan VS Selvanteran.
Puvanisveran dan Viknesh diwakili peguam Sangeet Kaur Deo, Harshaan Zamani serta K Ganeraja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga sahabat
#bebas tuduhan mengedar
#Mahkamah Tinggi Johor Bahru
#gagal membuktikan kes prima facie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan